in , ,

Betul Ke Neelofa Sudah Dirisik PU Riz? Kata-Kata Noor Kartini & Cincin Beri Bayangan

Desas-desus berhubung majlis pertunangan antara pengacara dan pelakon popular, Neelofa dan pendakwah, Haris Ismail kencang bertebaran di laman-laman sosial. Rata-rata peminat berkongsi momen indah di majlis yang dihadiri oleh dua anak seni itu dan mencetuskan persoalan benarkah mereka sudah bertunang?

Ketika ini, kisah mengenai cerita pertunangan antara pengacara Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismali sedang bertebaran, terutama di media sosial. Instagram (IG) Story dikongsi Neelofa, kira-kira tujuh jam lalu, mencetuskan tanda-tanya apa yang sedang dilalui

Ternyata gambar-gambar serta video yang dimuat naik di Instagram, terutama sekali gambar kedua-duanya yang sebelum ini hangat dikatakan mempunyai hubungan istimewa telah menimbulkan tanda tanya ramai peminat.

Betul Ke Neelofa Sudah Dirisik PU Riz? Kata-Kata Noor Kartini & Cincin Beri Bayangan

Lebih menguatkan lagi spekuasi apabila terdapat sekeping gambar tersebut yang memakai sebentuk cincin di jari manisnya telah menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Kata-Kata Noor Kartini & Cincin Beri Bayangan

Selain itu, satu status di Instastory Neelofa yang dimuat naik juga seakan-akan memberi gambaran tentang majlis yang diadakan hari Ini.

“Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini,”

– Neelofa

Selain itu, kata-kata yang ditulis tulis oleh ibu Neelofa iaitu Noor Kartini juga seperti mengesahkan segala-galanya.

“Bismillahhirohmanirohim Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku. 

“Aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.. 

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,”

– Noor Kartini
Betul Ke Neelofa Sudah Dirisik PU Riz? Kata-Kata Noor Kartini & Cincin Beri Bayangan

Malah menerusi perkongsian di Instagram, kakak Neelofa, Noor Nabila seolah-olah memberi bayangan mereka sedang mengadakan satu majlis berkaitan dengan ikatan pertunangan.

Pada masa sama, tindakan sepupu Neelofa, Qalisha Aray berkongsi foto dirakam bersama pengacara itu dan Riz, menambah spekulasi apakah ada sesuatu dirancang keluarga kedua-dua belah pihak termasuk kemungkinan Neelofa dirisik, hari ini.

Dikatakan majlis berlangsung di kediaman ibu bapa Neelofa di Petaling Jaya, hari ini, di mana jumlah tetamu dihadkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Sumber memberitahu, majlis itu dihadiri kira-kira 20 tetamu.

Bagaimanapun, setakat ini Neelofa dan PU Riz masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Betul Ke Neelofa Sudah Dirisik PU Riz? Kata-Kata Noor Kartini & Cincin Beri Bayangan

Sebelum ini, Neelofa, 31, menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan Riz, 25.

Tanda tanya mula tercetus apabila kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik foto Neelofa dan Riz berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adik Neelofa, baru-baru ini.

Neelofa menjelaskan, tiada apa-apa hubungan istimewa antara mereka.

“Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” katanya.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kakitangan Sunway Lost World of Tambun Disahkan Negatif Covid-19

airasia.com Lancar Airasia Health, Platform Digital Untuk Perkhidmatan Perubatan