in ,

Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?

[dropcap]B[/dropcap]aru-baru ini, kecoh di media sosial pasal pengacara Hip TV, Miera Liyana yang dikatakan telah dipecat dan disingkirkan dari mengacara program hiburan tersohor, Hip TV. Ternyata ini gossip ini tak benar sama sekali sebab rupa-rupanya, kontrak selama lima bulan untuk jadi pengacara dah pun tamat. Haa, sekejap je kan lima bulan tu. Jadi, lima bulan dikira satu musim la ya. Sebab ramai orang ingat, satu musim untuk program TV ialah dalam tempoh selama setahun. Tidak macam program TV seperti Akademi Fantasia yang dibuat setahun sekali.

Menurut kata, Miera lagi, sebelum menandatangani kontrak tersebut, dia telah memberitahu pihak produksi bahawa dia akan memberikan yang terbaik dan tidak tahu sama ada dapat memuaskan hati mereka atau tidak.

Walaupun ramai yang menuduh Miera sebagai penyebab rating rancangan tersebut jatuh, dia tetap akan menerima tawaran untuk mengacara selepas ini. Kata Miera lagi, dia sudah lakukan yang terbaik untuk program berkenaan dan dia seronok bersama Hip TV dan tak serik untuk terus mengacara andai ada tawaran lagi selepas ini.

Namun, apa yang terbaru, dikhabarkan Miera Liyana dan Kamal Adli telah pun dihentikan untuk musim seterusnya sebab pihak produksi dah ambil keputusan untuk mengambil pengacara yang baru. Mmm, tak pe la, kalau betul macam tu, memang diorang ni takde rezeki kat Hip TV lagi. Mungkin ada rezeki kat tempat lain, mana kita tahu kan?

Apa yang Budiey dengar, Hip TV tak lama lagi akan memperkenalkan pengacara Hip TV yang baru iaitu Hani Hatim & Aidid Marcello di sesi rakaman program Hip TV pada jam 2 petang, 20 Jun ini (Khamis) di Studio Glenmarie, Shah Alam. Kalau korang tak tahu Hani Hatim tu sape, sebenarnya Hani Hatim tu adalah Hunny Madu. Dia baru je tukar nama dengan nama yang diberikan oleh ibu-bapanya.

Wah, jika ini benar, kita ucapkan tahniah buat Hani Hatim & Aidid Marcello. Kita tengok nanti, rating Hip TV naik ke tak dengan pengacara kali ini, kan? Harapan kita memang nak yang positif. So, selamat bekerja keras untuk semua produksi TV9.

Selamat maju jaya!

hunny madu & aidid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2

Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki