in ,

Betul Ke Benjy Mengamuk Tumbuk Jurugambar?

[dropcap]P[/dropcap]ada muka depan Harian Metro hari ini terpampam berita tentang seorang pelakon yang ditahan positif Syabu telah mengamuk dan bertindak agresif. Melihat pada wajah yang dikaburkan dan Budiey juga ada menyiarkan berita tentang Benjy ditahan semalam, sudah pasti kita tahu siapa yang dimaksudlkan. Semalam kita dikejutkan dengan berita penahanan anak kepada pelakon  veteran Azean Irdawaty, Benjy atau nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim untuk kali kedua berkaitan salah guna dadah. Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy dilaporkan telah bertindak agresif selepas di reman di Mahkamah Majistret Ampang kerana kes dadah di Pandah Indah Selangor.

Pelakon berusia 30-an yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan dadah kelmarin, ‘mengamuk’ dengan menumbuk jurugambar ketika dia bersama rakan yang turut ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang, di sini untuk polis mendapat perintah reman, semalam.

KES BENJY

[pullquote align=”right”]Pelakon berusia 35 tahun itu ditahan bersama lima rakannya termasuk dua wanita berusia antara 27 hingga 38 tahun dalam sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, pagi kelmarin. [/pullquote]

Hasil penahanan itu, empat daripada mereka didapati positif dadah selain polis turut menemui 4.7 gram dadah disyaki syabu yang disorok dalam beg di salah sebuah bilik kediaman berkenaan.

Antara ditahan itu adalah bekas pembantu peribadi pelakon berkenaan yang pernah ditangkap bersamanya pada 2010.

Pelakon itu memakai baju-T kelabu dan seluar jean menundukkan mukanya ketika dibawa masuk ke bilik mahkamah majistret kira-kira jam 11 pagi dan keluar satu jam kemudian selepas mendapat perintah reman selama tiga hari bermula semalam.

Peguamnya, P G Cyril ketika ditemui berkata, anak guamnya dan lima yang ditahan itu direman hingga 29 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.

“Pegawai penyiasat meminta dia direman kerana mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan. Dia ditahan bersama tiga lelaki dan dua wanita dalam rumah salah seorang rakannya itu. Saya difahamkan polis menemui 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik. Anak guam saya ke rumah itu untuk menghantar dokumen bagi membuat pinjaman.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman keenam-enam mereka. Sumber: Harian Metro & Utusan Malaysia

benjy

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Betul Ke Aaron Aziz Pernah Jadi Gangster Semasa Remaja?

Tune Hotels Mega Sale Promotion For Raya