in ,

Masih Belajar Untuk Bertudung, Fasha Sandha Tak Pernah Cakap Dah Berhijab Sepenuhnya

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik satu rakaman video sedang menari bersama suaminya, pelakon Aidil Aziz di Instagram. Di samping peminat memuji kemesraan pasangan ini, ada juga segelintir netizen yang memberi komen mengenai penampilan Fasha menerusi rakaman video berkenaan.

Pelakon Fasha Sandha tampil menjelaskan kekeliruan peminatnya mengenai penampilannya yang dikatakan sudah memakai tudung.

Menurut Fasha, dia mula mengenakan hijab sejak Ramadan tahun lalu dan ia merupakan satu bentuk proses pembelajaran ke arah yang lebih baik.

Masih Belajar Untuk Bertudung, Fasha Sandha Tak Pernah Cakap Dah Berhijab Sepenuhnya

“Saya tidak pernah cakap saya sudah bertudung sepenuhnya. Sama juga seperti beberapa selebriti lain yang berhijab semasa bulan Ramadan.

“Begitu juga dengan saya, perlahan-lahan belajar. Bukan untuk memenuhi kehendak netizen atau trend, tetapi kerana diri sendiri.

“Saya belajar. Alhamdulillah ada orang komen tentang isu ini. Terima kasih sebab mendoakan saya yang baik-baik. Amin, doakan saya ya,”

– Fasha Sandha

Isteri kepada Aidil Aziz itu membuat penjelasan selepas menerima banyak maklum balas daripada peminatnya yang bertanyakan tentang imejnya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram.

Masih Belajar Untuk Bertudung, Fasha Sandha Tak Pernah Cakap Dah Berhijab Sepenuhnya

Dalam hantaran itu, ibu tiga anak tersebut memuat naik vi­deo yang memaparkan dia dan Aidil menari berlatar belakangkan lagu viral Kopi Dangdut.

Sebelum ini, pelakon drama Semua Salahku itu tampil bertudung sepanjang Ramadan tahun lalu demi me­nyahut cabaran #hijab30 bagi menghormati kemuliaan bulan berkenaan.

Masih Belajar Untuk Bertudung, Fasha Sandha Tak Pernah Cakap Dah Berhijab Sepenuhnya

Fasha dilihat turut memakai tudung semasa Ramadan tahun ini semasa sarat hamil Aisha Amaira yang kini berusia dua bulan hasil perkahwinan bersama Aidil.

Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Selepas itu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ramai Suka Menonton EMILY IN PARIS di Netflix, Tapi Kenapa Marc Jacobs & Aldo Yang Untung?

Kesan Pandemik Covid-19, Ini Nasihat Datuk Jamal Abdillah Buat Penyanyi di Malaysia