in , ,

“Bertalu-Talu Hospital Offer Vaksin Pfizer, Hebat Tak Miss Diva” – Ifa Raziah

Beberapa hari lalu, pelakon pengacara dan penyanyi Ifa Raziah ada muatnaik kisahnya yang mana dia telah menerima appointment untuk suntikan vaksin.

Namun setelah berbincang, Ifa Raziah tidak mengambil suntikan vaksin berkenaan kerana ianya bukan jenis Pfizer.

Jelas Ifa Raziah, dia bukannya saja-saja tak ambil vaksin berkenaan tetapi merasakan Pfizer lebih sesuai dengan dirinya yang mempunyai masalah kesihatan serta alami alahan.

Selepas itu, semalam, Ifa Raziah ada muatnaik satu foto yang mengatakan ada beberapa hospital yang telah call dan offer vaksin Pfizer kepadanya.

“Bertalu-talu Miss Diva Ifa Raziah terima mesej di Whatsapp dari beberapa hospital yang dah offer untuk beri suntikan Pfizer.”

“Fuh hebat tak Miss Diva Ifa Raziah, kalau dah ada rezeki ni janganlah di tolak ye.”

– Ifa Raziah

Ini pula caption yang ditulis olehnya di gambar berkenaan.

“Siapa yang nak kena cucuk injection atau tak nak kena cucuk, itu terpulanglah pada masing-masing tuan punya badan.”

“Kedua-duanya akan pergi buat selamanya juga jika ajal dah sampai. Tapi kalau tak nak ambil, janganlah nak jadi kaki cucuk pula.”

“Paling penting, Miss Diva bukannya mengada-ngada tak nak kena cucuk hari tu, namun doktor yang tak bagi kena cucuk.”

– Ifa Raziah

Di ruangan komen ada netizen yang berkata dia dah lama register masih belum dapat lagi appointment.

Ini komen Ifa: “Saya dah register sejak dari bulan March tapi tak dapat juga nak kena cucuk.”

Cik Siti pula menulis komen: “Wah hebat sangat ni, memang tak ada yang paling hebat selain dari Miss Diva Ifa Raziah.”

Memang bertuah betul Ifa Raziah, dah dapat suntikkan Pfizer selepas ini. Apa yang penting, Ifa Raziah akan terima suntikan, sama-sama kita berjuang untuk banteras tersebarnya virus ini. Kepada yang belum register tu, silalah register ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asyik Pegang Perut, Lagi Sekali Netizen Spekulasi Neelofa Sudah Hamil

“Caprice Apa Kau Buat Ni, Hancur Hidup Kau,” – Nabila Huda