in ,

Berpisah Nyawa Dengan Kucing Kesayangan, Didie Alias Menangis & Meratapi di Instagram

Sedihla pulak tengok video Didie Alias ni. Sesiapa yang turut menangis sama kita geng!

Pelakon dan pelawak terkenal Didie Alias gagal menahan em0si apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Baby mati akibat sakit tua semalam. Berkongsi perkara tersebut di Instagram, Didie kelihatan sugul dan menangis teresak-esak apabila terpaksa berpisah nyawa dengan Baby.

“11 Jun 2021. Perjalanan terakhir buah hati mumy (mommy) dan keluarga. 12.37 tengah hari dia (Baby) tinggalkan kami satu keluarga. Kucing yang baik dan sangat manja untuk kami. Banyak kenangan dengan Baby,” tulisnya.

Kata Didie, Baby telah dibela sejak 13 tahun dan seekor kucing yang setia dan akan selalu menunggunya di depan pintu rumah setiap hari.

Didie Alias

“Tidak ada lagi yang tunggu mumy dan daddy (suami) dekat pintu bila kami balik kerja. Tak dapat nak mandikan Baby lagi.

“Tidak ada kawan lepak bila tengah buat kerja atau sedang baca skrip. Selama 13 tahun yang sangat indah buat mumy dan daddy. Sayang Baby sampai ke syurga,” luahnya.

We gonna miss u Baby 2008-2021

Didie Alias

Untuk info, usia 13 tahun seekor kucing bersamaan dengan 69 tahun usia manusia

Rata-rata rakan artis dan peminat turut tumpang bersedih dan memberi kata-kata semangat kepada Didi

“Sedih pulak sabarlah didie aj4l dia dah sampai kita pun akan pegi jua adikku syg sabar ya dia tunggu kau kat Syurgananti jumpa kat sana”

“Allah.. be strong mummy  faham sgt sgt perasaan tu..nangis puas2 mummy lepas tu mummy kena kuat ok  hugs”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jue Aziz | 13

Enam Bulan Tak Stream Game Online, Sekali Jue Aziz Tampil Menangis Tersedu-Sedan

Tim Cook Apple | 14

Ini Mungkin Rekaan iPad Mini Baharu Yang Dinantikan Ramai