in , ,

Berpijak Di Bumi Nyata, Cik B Mengaku Tidak Bercinta Dengan Aniq Suhair

Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, iaitu Cik B mengaku dirinya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baru, Aniq Suhair seperti yang telah tular di media sosial baru-baru ini.

Aniq, 20, dan Cik B yang kini baru berusia 15 tahun sebelum ini telah bergandingan berlakon dalam sebuah drama berjudul Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production sebagai pasangan kekasih.

Kemudian, timbul pula andaian daripada netizen yang mereka berdua sedang dilamun cinta apabila kedua-duanya berkongsikan gambar serta video mesra di Instagram dan Twitter.

Namun begitu, Cik B berkata dirinya sedar diri dan berpijak di bumi nyata apabila dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.

“Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik.Jujrunya saya sudah terbiasa dengan kecaman sejak dulu lagi. Sebelum ini wajah dan warna kulit saya dipersendakan.

Inikan pula digosipkan dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq. Saya sedar diri ni, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Netizen kecam saya feeling dan tergedik-gedidk mahukan lelaki kacak.

Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.”

– Cik B

Dia juga sedar bahawa dirinya masih muda meskipun memang fitrah manusia memerlukan pasangan hidup. Tapi menyentuh soal umur, Cik B akui dirinya masih mentah.

Dalam pada itu, Cik B kini mengakui dirinya sudah berminat untuk berlakon setelah melibatkan diri dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta bersama pelakon lain seperti Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.

Dia juga kini tidak segan untuk menonjolkan bakat lakonan jika diberikan peluang untuk berlakon lagi pada masa hadapan.

Sumber : Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diarah Pakai Gelang Pink, Wany Hasrita Perlu Jalani Kuarantin 14 Hari Jadi Kontak Rapat Alif

Netizen Muak Promote Drama Konon Cik B & Aniq Bercinta, Kaitkan dengan Alvin Chong