in , ,

Berpakaian Wanita di Mekah, Polis Arab Saudi Cari Nur Sajat

PERBUATAN tidak bertanggungjawab jutawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 35, yang mencemar nama baik negara dengan berpakaian wanita di Tanah Suci bukan sahaja tular di tanah air malah diketahui pihak berkuasa Arab Saudi.

Menurut Pencetus Ummah (PU) Amin, beliau telah ditegur oleh seorang anggota polis yang mengingatkannya supaya tidak melakukan perkara-perkara tidak dibenarkan dan dilaknat Allah SWT. Apa yang lebih membimbangkan katanya, perbuatan tersebut jika tidak dihentikan, akan turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.

Sajat Tunai Umrah Berpakaian Wanita, Ini Komen PU Amin

“Tadi ditegur oleh polis. Kebetulan saya berborak dengan kawan dalam bahasa Arab. Dia tanya dari Malaysia ke? Saya kata ya. Dia tanya hal yang sedang kecoh pasal lelaki pakai pakaian perempuan itu Malaysia ke? Saya kata saya tak tahu cerita (buat-buat tak tahu).

“Dia kata jangan buat hal kat sini, ini tempat suci, tempat ibadah. Nanti semua orang Malaysia susah nak buat umrah. Nak buat apa buat kat tempat awak, sini undang-undang kita tak boleh buat main. Saya angguk-angguk dan balik.

“Dalam hati saya kata, kalau kat negara sendiri pun, saya tak suka ini berlaku. Fuhhh, cukup hebat kes ini, Arab pun tahu. Ya Allah, peliharalah kami semua ya Allah,”

– Instagram PU Amin

Terdahulu, PU Amin berkata, beliau menerima makluman dari rakan-rakan petugas umrah di Mekah bahawa kes Nur Sajat dan kawan-kawannya telah dibawa ke pihak atasan, Kementerian Haji Umrah dan Kementerian Pelancongan.

“Dimaklumkan juga ramai petugas umrah di Mekah telah membuat laporan pada pihak berkuasa. Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, benda ini besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita.

“Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka. Saya hanya mendengar rakan rakan petugas berbicara. Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan datang. Pelbagai perkara boleh berkait. Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini,”

– PU Amin

Terbaharu, katanya, visa ‘tourist’ telah disekat oleh kerajaan Arab Saudi.

“Ada kaitan atau tidak wallahualam, kerana ada beberapa negara lain juga disekat visa pelancongan. Bermakna visa pelancong tidak wujud selepas ini selepas diberi kemudahan visa oleh kerajaan Arab Saudi sebelum ini,”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kilafairy Tak Mahu Dikaitkan Dengan Imej Seksi

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?