in , ,

Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan, The Experts Anjur Majlis Berbuka Puasa

Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Jay Iswazir & Hasnul Rahmat Meriahkan Majlis Berbuka Puasa

Filem aksi heist tempatan tahun ini, ‘The Experts’ mengambil keberkatan Ramadan dengan berkongsi rezeki di bulan yang mulia menerusi kolaborasi bersama Mirinda. Justeru itu, sebuah Majlis Berbuka Puasa The Experts diadakan pada hari ini bagi membawa keceriaan, sambil menghayati nilai memberi dan saling berkongsi. 

Antara barisan pelakon filem The Experts yang hadir meluangkan masa dan beramah mesra di Majlis Berbuka Puasa The Experts adalah Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Jay Iswazir dan Hasnul Rahmat. Ini juga secara tidak langsung memperkenalkan secara rasmi barisan pelakon yang membintangi The Experts. Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan acara berbuka puasa dan pemberian sumbangan duit raya dan bingkisan istimewa kepada anak yatim dan ibu tunggal dari Rumah Nur Hikmah, Taman Medan, Selangor.

Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan, The Experts Anjur Majlis Berbuka Puasa

Selain barisan pelakon, suasana majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pengarah filem The Experts, Andre Chiew dan Nazim Shah, serta penerbit filem The Experts iaitu Astro Shaw, penerbit bersama,  TGV Pictures dan ZAK Capital, serta barisan kerjasama bagi inisiatif pemasaran, iaitu Etika, Mirinda, Calpis Soda, Petron Malaysia dan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, dan produksi BlackFlag. Antara wakil tertinggi yang hadir adalah Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, Penerbit Eksekutif Filem The Raja Jastina Raja Arshad; Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan Siou Chin; Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han; Pengarah Jualan & Pemasaran di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, Shaidatul Nurfairuze, dan Ketua Produksi BlackFlag, Joel Soh.

Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan, The Experts Anjur Majlis Berbuka Puasa

Penerbit Eksekutif Filem The Experts merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kami di Astro Shaw melalui filem The Experts mengambil peluang untuk menyebarkan lagi kemeriahan Ramadan dengan berkongsi rezeki menerusi kerjasama bersama Mirinda. Inisiatif ini merupakan usaha Astro Shaw untuk menunaikan tanggungjawab sosial dan mendorong amalan dalam memberi. Kami berharap usaha ini sedikit sebanyak mampu menggembirakan tetamu yang hadir dalam menyambut Syawal yang bakal menjelang.”

“Memandangkan filem The Experts akan menemui penonton di pawagam pada bulan Mei nanti, pihak kami telah memulakan rangka pemasaran pada Januari lalu dengan berkongsi gambar eksklusif filem, dan paling terbaru kami telah menampilkan iklan raya ‘The Experts Selamatkan Raya Bersama Mirinda’ yang dibawakan oleh Mirinda bermula. Ini adalah kali pertama kami menampilkan iklan raya istimewa, dan kami amat teruja mempersembahkan iklan raya ini yang penuh aksi dan menghiburkan dalam cubaan menyelamatkan raya keluarga The Experts. Iklan ini amat dekat di hati rakyat Malaysia selari dengan nilai memberi dan berkongsi dengan mereka yang dikasihi khususnya dalam musim perayaan. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada penonton,” tambah Jastina lagi.

Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan, The Experts Anjur Majlis Berbuka Puasa

Astro Shaw bersama air minuman Mirinda menampilkan Iklan raya eksklusif ‘The Experts Selamatkan Raya Bersama Mirinda’ yang dibawakan oleh Mirinda. Iklan raya ini mengangkat tema The Experts iaitu aksi dan kekeluargaan. Peminat boleh menonton video iklan raya ini di YouTube Astro Shaw. 

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, “Selama beberapa dekad, Mirinda terus menjadi peneman sejati dalam setiap sambutan perayaan melalui kesegaran minumannya. Tahun ini kami cukup berbangga untuk bekerjasama dengan Astro Shaw dalam kempen ‘Riang Raya Bersama-sama Mirinda’ 2024 menerusi rangka promosi filem “The Experts”, sebuah filem menarik yang akan mengetengahkan nilai kekeluargaan. Kerjasama ini menggariskan komitmen Mirinda untuk membina saat-saat indah bersama ahli keluarga, selaras dengan prinsip kami untuk merapatkan hubungan dan memupuk perpaduan.”

Tambah beliau, “Melalui hasil kerjasama ini yang menampilkan pelbagai aktiviti lain yang menarik, kami berharap dapat menyebarkan keriangan dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia supaya mereka hargai saat-saat indah bersama orang tersayang. Marilah kita sama-sama ucapkan ‘kosong-kosong’ dan raikan Ramadan dan Aidilfitri dengan positif seperti mana Mirinda berhasrat untuk merapatkan hubungan dan meraikan kebersamaan.”

Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan, The Experts Anjur Majlis Berbuka Puasa

The Experts akan menyertai ruangan istimewa Mirinda di beberapa pasar raya terpilih menerusi inisiatif The Experts X Mirinda Meet & Greet. Peminat dan penonton berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan pembelian air minuman Mirinda. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Riang Raya Bersama-sama Mirinda, boleh layari Mirinda Malaysia di Facebook.  

Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan, The Experts Anjur Majlis Berbuka Puasa

The Experts mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan terbesar. 

Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan, The Experts Anjur Majlis Berbuka Puasa

Diterbitkan Astro Shaw, The Experts menampilkan bintang-bintang terkemuka Malaysia seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Ray, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Hasnul Rahmat dan Michael Ang bakal temui penonton di pawagam seluruh tanah air pada 23 Mei hadapan. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube. 

Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan, The Experts Anjur Majlis Berbuka Puasa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Rai Laluan Penerbangan Antara Penang, Kuching & Sabah

QI RAZALI

Program Menarik Sempena Bulan Syawal Tahun 2024 di TV1, TV2 & Okey