in ,

Berjaya Pintas Syed Saddiq Siti Nurhaliza Teruja Dapat Habis Kayuhan 72km

Wow! Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masuk RHB Langkawi Ride 2019 untuk kategori Wanita 72km.

Menurut Siti, walaupun jarang mengadakan latihan sehingga 100km, tapi dengan semangat yang kuat dan saling sokong menyokong, beliau berjaya menghabiskannya.

“Alhamdullillah. Medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.

“Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km,”

– via IG Siti Nurhaliza

Menurut Siti, berbekalkan semangat serta bantuan jurulatihnya, beliau mencekalkan hati.

“Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ luka la lutut. Macam mana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat. Takpe tebalkan muka semangat punya pasal (sakit tauuu).

“Berlepas je hati dah dup dap dup dap, takut jatuh lagi, tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan,” tulis Siti lagi.

“Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis ni. Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir Aafiyah kat bilik nak susu, Aafiyah nak susu.

“Hahaha. Itu buat ibu kayuh lagi laju tau Aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30 saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan.”

– Siti Nurhaliza
View this post on Instagram

Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau.. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.. Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km.. Berbekalkan semangat (redha je la) & bantuan trainer saya #faizboh @faizsyarifuddin (geng @anuarmanan86 ) saya kuatkan semangat .. Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ 🤦‍♀️.. luka la lutut.. camana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu😔) Berlepas je hati dah dup dap dup dap .. takut jatuh lagi , tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan .. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni) .. Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee😅😅.. hahahah… Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu .. aafiyah nak susu .. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni.. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan…. Not bad uhh!! 💪💪💪Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019 #jomcarikakiibuaafiyah

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Klasik HAPUSLAH AIR MATAMU Lakonan Datuk Sharifah Aini & Broery Marantika

“Saya Mahu Ambil Tindakan Sebab Ini Melibatkan Maruah!” – Fizz Fairuz