in , ,

Berita Terkini Tentang Airasia Holidays Oleh Airasia Super App

Berita Terkini Tentang airasia holidays oleh airasia Super App membenarkan pengguna berjimat lebih banyak dan rancang percutian dengan penerbangan, hotel dan aktiviti dalam satu tempahan

Platform sehenti baharu untuk menempah penerbangan mampu milik, hotel dan aktiviti percutian dalam satu tempahan, pada satu harga!

airasia Super App kini memperkenalkan airasia holidays, platform percutian sehenti yang membolehkan pengguna menyesuaikan keseluruhan jadual percutian mereka dan juga menambah tempahan penerbangan dan hotel di seluruh Asean dalam satu tempahan pada satu harga.

Sebagai permulaan, airasia holidays kini tersedia untuk pengguna di Malaysia dan juga di Filipina sebelum dilancarkan di pasaran lain pada masa yang terdekat.

AIRASIA

Dengan memanfaatkan jangkauan rangkaian syarikat penerbangan di seluruh Asean, keupayaan  Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA) airasia Super App yang menyediakan pengguna dengan inventori 700,000 hotel di seluruh dunia, dan pelbagai jenis rakan kongsi penyedia aktiviti percutian untuk dipilih, pengguna pasti akan teruja dengan pelbagai pilihan yang disediakan. Mereka bukan sahaja mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti dan rancangan percutian yang ditawarkan di seluruh Asean, mereka juga boleh menempah penerbangan dan hotel pilihan mereka pada kadar yang paling berpatutan – semuanya pada platform yang sama. Ini termasuk aktiviti luar dan sukan, pengembaraan masakan, program kesihatan dan kesejahteraan serta pengembaraan penerokaan bandar.

Untuk meraikan pelancaran ini, airasia holidays menawarkan promosi pengenalan yang harus dimiliki terutamanya kepada penggemar aktiviti selam skuba. Tempah percutian selam skuba anda selama 3 hari, 2 malam di Semporna, Sabah dari serendah RM639 sahaja termasuk penerbangan, penginapan, dua sesi selam dan satu sesi snorkeling dalam satu hari dan juga makanan. Tempah sekarang sehingga 18 September 2022 dengan menekan ikon ‘Holidays’ hanya di airasia Super App.

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App, berkata, “airasia holidays menawarkan pengguna aplikasi kami pengalaman tempahan  yang lebih mantap, holistik dan mudah dengan keupayaan kami sebagai syarikat penerbangan dan juga dalam pengurusan inventori hotel. Dengan lebih 50 juta pengguna aktif dalam pangkalan data kami, kami mempunyai keupayaan unik untuk menawarkan cadangan aktiviti percutian, penerbangan dan hotel yang sesuai dan diperibadikan untuk setiap pengembara melalui satu platform yang sama dan mudah.

“Kami akan terus menambahbaik airasia holidays untuk lebih mempermudahkan pengalaman menempah kepada pengguna kami dan kami juga merancang untuk menambah ciri-ciri baharu seperti penyewaan kereta dan membenarkan pengguna untuk pra-tempah pertukaran lapangan terbang dengan airasia ride sebahagian daripada tempahan mereka. Selain daripada menawarkan pakej dengan penerbangan AirAsia, kami juga sedang berusaha untuk membolehkan pelanggan airasia holidays untuk memilih penerbangan daripada syarikat penerbangan lain juga, sekali gus membolehkan pengguna untuk memilih lebih banyak destinasi percutian yang mereka ingin terokai,” tambah Woo.

Pengguna boleh menempah percutian mereka dengan empat langkah mudah yang berikut:

  1. Klik ikon ‘Holidays’ di airasia Super App
  2. Pilih aktiviti anda
  3. Suai padan pelan percutian anda dengan menambah penerbangan dan hotel
  4. Sahkan tempahan anda
  5. Nikmati tempahan anda dengan mendaftar masuk penerbangan anda di Super App dan mengemukakan e-mel pengesahan kepada hotel dan penyedia aktiviti 

Para ahli boleh memperoleh airasia poin untuk semua pembelian mereka melalui airasia Super App, dari penerbangan ke penginapan hotel dan tawaran makanan. Gunakan ia seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup bersama rakan kongsi eksklusif kami. 

Ikuti perkembangan terkini untuk segala-galanya daripada airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/Facebook atau @airasia di WeChat/Weibo untuk mendapatkan kemas kini terkini. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda daripada  Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SURAU AL-JANNAH

Misi Bangunkan Surau Al-Jannah Terbantut, Rayu Infaq Orang Ramai

iQIYI Bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk Rampas Cintaku