in

Berita Nelson Mandela Meninggal Dunia

Berita kematian bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela telah tersebar di internet pada hari ini dan ternyata berita ini bukan berita palsu. Ianya berita benar. Nelson Mandela pergi untuk selama-lamanya. Nelson Mandela telah meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya hari ini di Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.

Berita Nelson Mandela Meninggal Dunia

Presiden Jacob Zuma mengatakan Mandela ‘pergi dengan damai’.

“Bangsa kita kehilangan seorang yang terbaiknya,” kata Zuma.

Zuma juga mengumumkan satu pengkebumian negara akan dilakukan untuk Mandela dan mengarahkan semua bendera dikibar separuh tiang mulai hari ini sehinggalah pengkebumian tokoh negara itu.

Sejak tahun 2004 Mandela sudah jarang dilihat masyarakat umum, namun pernah muncul seketika Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

“Apa yang membuatkan Nelson Mandela agung adalah sikap sejatinya yang membuat dia sebagai manusia. Kita melihat dalam dirinya apa yang kita lihat di dalam diri kita,” jelas Zuma ketika bersiaran di stesen TV Nasional.

Beliau meraih Nobel Perdamaian pada tahun 1993 dan terpilih sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan tahun 1994 sebelum mengundurkan diri setelah lima tahun memikul tanggungjawab tersebut.

Mandela juga dilihat sebagai satu ikon dunia dan pernah di penjara selama 27 tahun di bawah rejim aparteid Afrika Selatan.

Nelson-Mandela’s-Top-Five-Contributions-to-Humanity

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Skrin 2013 Raih 6 Juta Penonton

Filem KIL & Sembunyi Ditayangkan di Festival Filem Luang Prabang 2013