in , ,

Berita Majlis Akad Nikah Elly Mazlein Sah Jadi Isteri Mohamad Azlan

DENGAN sekali lafaz, pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein, 40, kini sah bergelar isteri kepada guru dikenali Mohamad Azlan Che Noh, 30, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, jam 9.09 malam tadi.

Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh bapa Elly, Syed Hanafi Syed Abdullah di hadapan 750 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua pihak pengantin, kenalan, rakan artis dan media.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ketika ditemui meluahkan rasa syukur di atas kelancaran majlis pernikahan yang berlangsung.

Elly Mazlein

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Syukur juga kerana saya berpeluang berkongsi hari bahagia ini bersama keluarga, rakan-rakan dan juga teman media yang sentiasa bersama saya,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai perancangan untuk bulan madu, Elly dan Azlan merancang untuk bercuti pada Mac depan.

“Jadual saya dah padat sehingga Julai manakala untuk suami pula, kami perlu menunggu musim cuti sekolah. Insya-Allah, kalau mengikut rancangan, kami akan curi waktu cuti sekolah pada Mac nanti untuk bulan madu di London.

“Bukan berdua, tapi kami akan cuti bertiga bersama anak saya, Putri Sara Sefhia kerana saya takkan sesekali tinggalkan dia,” katanya.

Di majlis itu, Azlan menyerahkan lima dulang hantaran berupa barangan kemas manakala dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan berserta mas kahwin seutas gelang emas bernilai RM1,800.

“Cukuplah dengan hantaran dan mas kahwin yang juga berupa barangan kemas. Saya tak minta sebarang wang hantaran daripada Azlan,” katanya.

Majlis akad nikah yang diadakan serentak dengan majlis resepsi itu bertemakan Malam Bulan Dipagar Bintang dan turut menyaksikan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air iaitu Akim Ahmad, Nizam Laksamana, Gmie Screen, Intan Sarafina dan Aris Ariwatan.

Di majlis itu juga, Elly ditemani beberapa rakan rapatnya sebagai pengapit iaitu pelakon, Nad Zainal, Jasmine Ashraff, Fasha Sandha, Azza Elite, Intan Sarafina, Linda Hashim, Rita Rudaini dan Farahdhiya.

Sebelum ini, majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup.

Elly dan Azlan seterusnya diikat dalam satu majlis pertunangan yang berlangsung pada 17 Disember tahun lalu.

Penyanyi popular dengan lagu Bungaku Bakawali ini mengenali Azlan sejak Ogos tahun lalu dan selama itu, dia tidak berkongsi foto wajah suaminya secara terbuka di media sosial

Untuk rekod, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Sumber: Harian Metro

Elly Mazlein Kembali Bergelar Isteri

Lebih setahun berkenalan, penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein, sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan Che Nuh, 29, dengan sekali lafaz, di sini, kira-kira jam 9.09 malam tadi.

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin seutas gelang tangan bernilai RM1,800.

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan artis itu turut menyaksikan keluarga Elly menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima, dengan kesemuanya adalah barangan kemas.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Elly sendiri, Syed Hanafi Syed Abdullah, dengan disaksikan anggota keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya bersyukur kerana segala-galanya dipermudahkan dan berjalan lancar seperti dirancang.

“Kini, saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan. Doakan kebahagiaan kami berdua.

“Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” kata pelakon Kampung People itu.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, mengenali suaminya yang juga seorang guru menerusi laman sosial.

Pasangan terbabit seterusnya diraikan dalam majlis resepsi bertemakan Malam Bulan Di Pagar Bintang, di lokasi sama.

Antara rakan artis yang hadir meraikan mempelai ialah Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Aidil Aziz, Uqasha Senrose, Emelda Rosmila dan Catriona Ross.

Semalam, pada majlis berinai, Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu mendedahkan wajah Azlan buat kali pertama kepada khalayak.

Sebelum ini, Elly mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 4. Mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.

Tahniah Kak Lina! Tamat Status Ibu Tunggal, Elly Mazlein Sah Jadi Isteri Papa Awan Nano

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein sah bergelar isteri kepada seorang guru, Mohammad Azlan Che Noh pada 9.09 malam tadi. Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Elly, 40,  dan Azlan, 30, itu berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh bapanya, Syed Hanafi Syed Abdullah yang disaksikan oleh Abdul Manaf dan Mohd Akmaluddin 

Pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas serta lima dulang hantaran berupa barang kemas kepada Elly dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Pasangan itu turut diraikan dalam satu majlis resepsi selepas selesai akad nikah yang dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Mempelai merancang untuk berbulan madu di Kota London.

Dalam pada itu, pasangan ini sudah merancang untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.

Semalam, sebuah majlis berinai diadakan serentak memperkenalkan serta mendedahkan wajah suaminya buat pertama kalinya selepas cuba merahsiakannya.

Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang disapa sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abubakarxli Muncul Dengan Single Berjudul NiNiNi

Teka-teka Terjawab, Fasha Sandha Sah Hamil Lagi