in ,

BEONCo Ambil Alih Keseluruhan Operasi Roopawan Malaysia

Kumpulan penyedia platform e-dagang dan pengurusan kandungan atas talian Indonesia, BEONCo hari ini mengumumkan pengambilalihan 100 peratus operasi Roopawan, laman dagang produk fesyen dan kecantikan Muslim di Malaysia. Pengambilalihan itu dilaksanakan menerusi Beon Commerce Sdn Bhd, anak syarikat BEONCo mulai awal Januari 2018 yang lalu.

Roopawan mula diperkenalkan mulai Ogos 2016 semasa Persidangan Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Putrajaya, namun dilancarkan secara rasmi pada Mei 2017 lalu; menampilkan lebih 60 jenama tempatan dan antarabangsa menerusi platform www.roopawan.com.

Mohd Fuad (Roopawan) & Michael Lee (Beon Commerce Sdn Bhd)

Pengambilalihan ini menjadi pembangunan strategik yang penting bagi operasi sedia ada BEONCo di Indonesia, serta memajukan operasi perniagaan di Malaysia. Pembelian pemilikan 100 peratus Roopawan dari syarikat Roopawan Marketing Sdn Bhd dilihat membantu Roopawan beralih daripada tumpuan jualan terus konsumer kepada penyelesaian keuntungan lebih tinggi menerusi pengenalan program usahawan atas talian – ‘onlinepreneur’.

“BEONCo yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam arena dagang atas talian di pasaran Indonesia dilihat mampu memacu Roopawan berkembang lebih jauh. Justeru pengambilalihan ini sejajar dengan strategi Roopawan untuk terus kekal dominan dalam pasaran Muslim di Asia Tenggara,” ujar Mohd Fuad Mohd Noor, pengasas Roopawan.

“Pembelian keseluruhan kepentingan syarikat memberi manfaat kepada Roopawan kerana ia menyediakan platform untuk jualan luar negara, selain saluran mudah untuk pengembangan operasi di pelbagai negara lain menerusi rangkaian hubungan strategik sedia-ada yang dimiliki BEONCo,” menurut Siti Amalina Ariffin, pengasas bersama Roopawan.

Roopawan Landing Page

Beon Commerce Sdn Bhd turut menubuhkan Akademi BEON di Malaysia yang berperanan menyalurkan latihan dan bimbingan untuk para usahawan atas talian. Menerusi strategi pemasaran yang berkesan, para usahawan ‘onlinepreneur’ akan turut didedahkan dengan amalan media sosial – termasuk skil pengucapan, lakonan, fotografi serta asas videografi sebagai selebriti media sosial baharu, membolehkan promosi tepat ke pelanggan sasaran. Pelbagai kursus berkaitan turut diperkenalkan menerusi latihan langsung dalam kelas serta bimbingan video atas talian, memastikan akses latihan dapat dicapai pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

“Kami melihat Roopawan adalah sebuah jenama Malaysia yang berdaya-saing. Pengambil-alihan keseluruhan operasi Roopawan bukan sahaja memacu pengembangan operasi kami di Malaysia, malah Beon Commerce Sdn Bhd mahu membawa jenama Roopawan ke negara Asia lain menerusi suntikan dana sehingga RM1juta,” ujar Pengarah Beon Commerce Sdn Bhd, Michael Lee.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portal www.roopawan.com hari ini. Ikuti perkembangan terkini produk baharu di Roopawan menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.

Roopawan Product Page

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem ROH YANG TAK TERLIHAT

Yang Korang Patut Tahu Sebelum Menonton Drama ZAHIR TAK TERUCAP