in

Benjy Bercerai Lagi Kali Kedua

Anak kepada seniwati Azean Irdawaty, Benjy dilaporkan telah bercerai buat kali kedua dengan isterinya, Safiya Stephance Kar-Leng di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.

Benjy telah melafazkan cerai talak satu di hadapan hakim pada jam 9.40 selepas pasangan ini bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka secara baik.

“Tak ada apa-apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan teruskan kehidupan baru saya selepas ini. Allhamdulillah semuanya telah selesai. Kalau hari sekolah, Firdaus dengan ibunya, bila cuti dia dengan saya. Atau kadang-kadang kalau rindu, saya datang jumpa dia. Kami bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi kami masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak kami, Firdaus secara bergilir-gilir.”

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia tujuh tahun.

Sebelum ini, Benjy dan Safiya pernah bercerai talak satu pada 7 Julai 2008 namun telah merujuk semula kira- kira 14 jam selepas penceraian.

benjy

BENJY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejayaan Rexona Move Melangkaui Sasaran

Peraduan Syawal Safi Bersama Budiey.com