in , ,

Benji Ganti Remy Ishak Dalam Teater M.Butterfly

RUMAH ANAK TEATER Mempersembahkan “M.BUTTERFLY”

Ekorang dari pelakon Remy Ishak menarik diri daripada pementasan teater M.Butterfly yang dijadualkan ke pentas Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur mulai 11 hingga 14 April ini, Benji telah mengambil tempat memandangkan Benji sekarang sedang mencari peluang. Benji sebelum ini pernah berlakon dalam teater Tattoo Gestapo.

Menurut kenyataan dikeluarkan produksi teater itu, Remy menarik diri ekoran pihak pengurusannya tidak bersetuju dengan kandungan teater dan tempatnya bakal digantikan oleh pelakon, Benjy.

Budiey dapat tahu, setakat ini dah ramai peminat Remy Ishak dah beli tiket untuk menonton aksi Remy dalam teater ini. Ada peminat yang kecewa dan ada juga yang kata, tidak mengapa, mungkin ada hikmahnya. Tonton je la nanti. Benji pun not bad gak.

Teater M.Butterfly

Pementasan karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa.

Rumah Anak Teater kali ini mementaskan teater yang karya David Henry Hwang yang mana ia merupakan teater yang dialih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

Kalau korang nak tahu, “M.Butterfly” pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York United States pada 20/3/1988-27/1/1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama 3 kali yang berlainan pengarah iaitu David Cronenberg, Jeremy Irons dan John Lone.

Selain itu filem M.Butterfly pernah memenangi dua anugerah iaitu Cerita Terbaik di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988.

Projek ini diusahakan dengan niat mendekatkan teater kepada masyarakat, memberi pendedahan kepada masyarakat tentang drama berpentas dengan harapan wadah teater subur berkembang mekar dihati orang kita.

Projek ini projek jangka masa panjang di mana peringkat pertama ialah untuk adakan bengkel di mana ianya melibatkan penglibatan para penonton di dalam memberi kritikan.

11 April 2013 (preview) 8.30pm
12 – 14 April 2013, 8.30pm
13 & 14 April 2013, 3pm

Teater M.Butterfly

SINOPSIS Teater M.Butterfly
Drama diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini. Babak pertama memperkenalkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam melekat kepada kedutaan Perancis di China. Dia jatuh cinta dengan diva opera Cina cantik, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita. Dalam opera Beijing tradisional, perempuan telah diharamkan dari pentas semua peranan-peranan wanita dan telah dimainkan oleh lelaki. Babak kedua bermula dengan Song datang ke Perancis dan melanjutkan perhubungannya dengan Gallimard. Mereka berada bersama untuk 20 tahun sehingga perkara sebenar dibongkar , dan Gallimard dituduh penderhakaan dan dipenjarakan yang tidak dapat menghadapi fakta itu yangnya “wanita yang sempurna” sebenarnya seorang lelaki, bahawa telah menggayakan kerana seorang wanita selama 20 tahun mampu mengintip, dia berundur dalam dalam dirinya dan kenangannya. Tindakan drama digambarkan kerananya terganggu, terheret ingatan peristiwa-peristiwa keliling perhubungan mereka. Babak ketiga menggambarkan Gallimard melakukan seppuku (juga dikenali sebagai harakiri, ritual bunuh diri Jepun melalui diri pengeluaran perut) manakala Song melihat dan merokok sebatang rokok.

Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa
Faisal Mustaffa (42 tahun) mula berjinak-jinak dengan penulisan sejak 2001 sungguhpun berlatarbelakangan Sarjana Pengurusan Pentadbiran. Bermula dengan rencana pengurusan, alam sekitar, beliau bertukar arah kepada sosial, politik dan budaya. Beliau kini merupakan Pengarah Urusan kepada syarikat penerbitan Merpati Jingga dan juga Penerbit Eksekutif untuk Rumah Anak Teater (RAT Production). Beliau juga pernah menerbitkan pementasan teater, filem genre surealisme. Antaranya ialah Teater Kompilasi 2 (2009), Teater TANDA Kompilasi 3 (2010), Banduan Akhir di Sel Akhir (2010), Kampung Semut & Tanda Kecil (2011), SenaPaS (2011), dan filem JALAN PINTAS (2009).

Pengarah: Mislina Mustaffa
Mislina Mustaffa sudah melalui banyak pahit maung di dalam melakonkan pelbagai watak. Sebagai seorang wanita, beliau telah menyelami banyak produksi filem yang memaparkan banyak peringkat zaman, keadaan latar belakang sosio-ekonomi di sepanjang penglibatan selama 15 tahun; di hadapan lensa kamera mahupun di pentas teater. Mislina pernah bekerja dengan ramai pengarah terkemuka seperti Chris Chong (Karaoke, 2009), Yasmin Ahmad (Mukhsin, 2007), Liew Seng Tat (Flower in the Pocket, 2007), Osman Ali (Bukak Api, 2000 & Anak Halal, 2007), Teck Tan (Spinning Gasing, 2000) dan Tan Chui Mui (The Year Without A Summer, 2010). Beliau juga banyak mengarahkan filem-filem pendek.

Sinografer: Yusman Mokhtar
Yusman Mokhtar adalah seorang graduan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam teater, pengkhususan dalam sinografi. Mula membuat teater pada tahun 2001 dan telah melakukan kerja kedua-dua di atas pentas dan peringkat off. Antara mereka bentuk kredit termasuk Rama-rama Adakah Percuma (TAS), Kopi & Toast (Aroma), Tat Nenas (Aroma), Teater Kanak-KanakDebunga Setia, Teater Kanak-Kanak Wa, Wa … Tu Bulan, Opera Cina Si Yatim Chao, Jalan Mati, Mata Pendek, Muzikal Tun Razak (ASWARA), Kisah Gadis (TAS), Adakah Ia Min Akan Malaysia, Atas Bawah, Belacan Geragok dan Udang Lain-lain, Oh Tuhanku, Kaki Blue The Musical, Rosencrantz dan Guildenstern Adakah Mati , Hamlet (KLPAC), DanSing Melalui Broadway (Farah Sulaiman) dan Projek KoKenTeater Himpun Vol. 1 dan Teater Himpun Vol.2. Beliau juga sebahagian daripada pasukan mengarah asal dari pementasan pertama Tanda.

Pelakon: Remy Ishak
Mula berjinak-jinak mellaui penglibatan dalam dunia permodelan. Dalam industri lakonan, Remy (31 tahun) bermula dengan drama tv dan telefilem sejak 2007. Kini, beliau sudah berlakon dalam 12 filem dan telah dianugerahkan dengan pelbagai trofi. Di antaranya Pelakon TV Paling Popular Berita Harian (2009 & 2010), Pelakon Filem Terbaik Anugerah Skrin TV3 (2011). Remy juga pernah berlakon dalam teater Natrah (2009 & 2010).

Pelakon: Naque Ariffin
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teater Aswara ini mula terlibat bersama Rumah Anak Teater sebagai Pengurus Pentas untuk teater Shorts Eyes.. Kemudian beliau diberi peluang berlakon di bawah arahan Fared Ayam di dalam Teater Shorts Eyes pada tahun seterusnya dan telah memenangi ‘ Best Actor in Supporting Role’ Boh Cameronian Arts Awards 2012. Graduan Diploma Seni Teater Aswara ini juga mampu melahirkan idea kreatif apabila bertindak sebagai Sinografer untuk pementasan Aku Manusia Berdosa, juga sebuah projek Rumah Anak Teater.. Beliau juga antara pengarah teater yang aktif di Kuala Lumpur.. Antara arahannya adalah Tragedi Salmah, Bunga Kaca, SuperHero Arjuna dan banyak lagi.. Antara lakonanya dalam dunia teater adalah. Titus Andronicus, Shorts Eye, Ayam Jantan Ayam Betina,Menyerahnya Seorang Pahlawan, Manis Bertudung Merah dan banyak lagi.Kini beliau juga melibatkan diri dalam lakonan television.Antaranya: Delaila, Lamunan Terhenti dan Wasiat Rindu.

11. TIKET
a. Preview
RM25 (semua tempat duduk)

b. Matinee
Kelas 1: RM40 (kelas 1)
Kelas 2: RM30 (kelas 2)
Pelajar / OKU: RM25

c. Malam
Kelas 1: RM50 (kelas 1)
Kelas 2: RM40 (kelas 2)
Pelajar / OKU: RM25

Tempahan / Media : 0122290944, [email protected] (Faisal Mustaffa)

Tempahan online: www.merpatijingga.com

MAP Festival
Pementasan teater M.BUTTERFLY menjadi sebahagian daripada acara MAP Arts Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac-21 April 2013 di PUBLIKA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pengambaran Video Klip Semalam Tanpamu KRU Feat Stacy

Gambar Nur Fazura di Malam Gala AIFFA 2013