in , ,

Benarkah Vivy Yusof Guna Wang Rakyat? Individu Ini Bongkar Laporan Kewangan Fashion Valet

Nampaknya isu yang membabitkan usahawan selebriti, Datin Vivy Yusof yang dituduh menghina golongan B40 yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (Prihatin) masih menjadi buah mulut orang ramai.

Walaupun Vivy telah memohon maaf secara terbuka, namun para netizen masih melemparkan kata-kata negatif terhadapnya. Lebih mengejutkan, ada sanggup mendedahkan maklumat mengenai diri dan syarikatnya kepada umum. Antara maklumat yang didedahkan termasuklah laporan kewangan syarikat Vivy, Fashion Valet yang didakwa mempunyai beberapa keraguan.

Seperti yang didedahkan oleh pemilik akaun Facebook bernama Aliff Ahmad 111, dia mendedahkan Fashion Valet mendapat dana atau funding dari PNB (Permodalan Nasional Berhad).

Fakta ini didedahkan oleh individu tersebut untuk membuktikan ia melibatkan wang rakyat.

Benarkah Vivy Yusof Guna Wang Rakyat? Individu Ini Bongkar Laporan Kewangan Fashion Valet

Selain PNB, Khazanah juga terlibat dalam suntikan dana kepada Fashion Valet melalui syarikat 100% milik Khazanah iaitu Pulau Tiga Ventures Sdn. Bhd. 

Menurut individu ini, dia menyelar sikap Vivy yang sepatutnya lebih merendah diri kerana dana untuk Fashion Valet datang daripada duit rakyat juga iaitu menerusi Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Menurut blog milik individu tersebut, Aliph.my, dia turut mendedahkan beberapa hal dalam laporan kewangan syarikat Fashion Valet yang meragukan.

Sumber: Portal Murai

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

April Fool Apakah? Rossa Siar Gambar Kahwin dengan Kim Sooh Hyun?

Ada Sebab TikTok ‘Mop Lantai’ Yuna Kini Ditonton Setengah Juta Orang