in , ,

Bella Astillah Kongsi Video Dipeluk Aliff Aziz, Peminat Titip Doa

Sebelum ini, Bella ditemubual selepas semi final Famili Duo di mana beliau mendedahkan ada seorang heroin drama menjadi penyondol.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini telah membuat kenyataan yang mengejutkan kepada media tempatan mengenai seorang pelakon wanita yang dikatakan telah cuba mendekatinya suaminya, Aliff Aziz.

“Thank You Sebab Selalu Bagi Semangat..”

Terkini, Bella dilihat berkongsi video di TikTok yang memaparkan Aliff datang memeluknya setelah selesai rancagan nyanyian realiti keluarga, Famili Duo.

“Thank you sebab selalu bagi semangat dan menyayangi saya ❤️.”-Kapsyen Bella di TikTok

Netizen Titip Doa

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menitipkan doa buat Bella dan Aliff agar hubungan mereka dilindungi dan berkekalan, malah ramai yang meluahkan rasa kagum dengan Bella yang sangat kuat dan tabah terhadap segala ujian yang berlaku.

“Moga hubungan Aliff dan Bella dilindungi dari perkara yang tak diingini. Moga korang kekal hingga Jannah.”

“Salute dengan kak Bella. Satu dalam seribu. Moga terus kuat.”

“Semoga Allah kekalkan hubungan suami isteri ini hingga ke syurga. Aamin.”

“Saya tak pernah jumpa wanita sehebat dia. Dia boleh lupakan semua dan pilih bersabar. Semoga suami dia hargai dia sebagai isteri.”

“Tengok je pun dapat rasa seronoknya ada orang protect, support dan jaga kita.”

Bella menceritakan bahawa pelakon wanita berkenaan kerap membuat panggilan telefon kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Tak Sampai Dua Jam, Album Sissy Imann Laris Habis Terjual

MAXIM

Show Piano Solo Maksim Sempena Jelajah The COLLECTION di KL