in , ,

Beli Samsung Reservation+ Voucher, Nikmati Galaxy S25 FE & Galaxy Tab S11

Samsung Tawar Tawaran Eksklusif Galaxy S25 FE Dan Tab S11 Dengan Teknologi AI Terkini Dan Diskaun Hebat Untuk Pembeli Awal

Samsung sekali lagi buktikan mereka memang tahu cara pikat hati pengguna Malaysia. Tahun ini, mereka tampil dengan promosi Samsung Reservation+ Voucher (SR+) yang memberi peluang peminat gajet untuk jadi antara orang pertama memiliki Galaxy S25 FE dan Galaxy Tab S11 Series. Lebih menarik, tawaran ini bukan sekadar untuk mereka yang nak gajet baru, tapi juga untuk sesiapa yang bijak dalam merancang pembelian.

Bermula 4 September, jam 5.30 petang hingga 22 September 2025, anda hanya perlu keluarkan RM50 sahaja untuk mendapatkan satu Reservation+ Voucher. Voucher ini boleh ditebus bermula 19 September hingga 19 Oktober 2025dengan diskaun sebanyak RM250 untuk pembelian Galaxy S25 FE atau Galaxy Tab S11 Series. Lagi best, pengguna boleh beli banyak voucher untuk banyak transaksi – pendek kata, lagi banyak anda beli, lagi besar penjimatan.

Galaxy S25 FE Telefon Pintar Dengan Teknologi AI Masa Depan

Samsung Galaxy S25 FE jelas sekali ditujukan untuk mereka yang aktif, kreatif dan perlukan telefon yang power sepanjang masa. Samsung menyuntik kuasa Galaxy AI dalam telefon ini untuk menjadikan pengalaman harian lebih lancar, natural dan bersifat manusiawi.

Dari segi kamera, Galaxy S25 FE hadir dengan kamera depan 12MP ProVisual Engine. Hasilnya? Selfie lebih tajam, lebih hidup, dan tak nampak pecah walaupun dalam keadaan cahaya kurang. Dengan teknologi Nightography, tangkapan gambar waktu malam atau tempat gelap masih maintain cantik. Rakaman video pula lebih menyerlah dengan Super HDR, sesuai untuk TikTok, Instagram Reels atau content harian.

Bagi yang suka edit gambar dan video, Galaxy S25 FE datang dengan pakej lengkap. Bayangkan anda boleh ubah foto dengan Generative Edit, hasilkan video slow motion secara instant dengan Instant Slow-mo, atau buang bunyi bising dengan Audio Eraser. Semuanya ada dalam telefon ini tanpa perlu download apps tambahan.

Kalau bimbang bateri cepat habis, Galaxy S25 FE dilengkapi bateri 4,900mAh dan pengecasan pantas 45W. Sistem penyejukan yang ditambah baik juga memastikan telefon tak cepat panas walaupun digunakan lama untuk gaming, streaming atau suntingan video.

Reka bentuknya slim dengan paparan Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7 inci dan bingkai Armor Aluminium yang tahan lasak. Pilihan warna pula cukup bergaya – Navy, Jetblack, Icyblue dan White. Memang kena dengan jiwa Gen Z dan pengguna moden yang nak nampak premium.

Beli Samsung Reservation+ Voucher, Nikmati Galaxy S25 FE & Galaxy Tab S11 Series

Galaxy AI Jadikan Galaxy S25 FE Lebih Bijak Dan Personal

Apa yang buat Galaxy S25 FE ini lebih istimewa ialah integrasi Galaxy AI pada One UI 8. Fitur Gemini Livemembolehkan anda berbual secara kontekstual dengan AI – seakan-akan ada pembantu peribadi dalam poket. Circle to Search with Google pula mudahkan carian hanya dengan melingkarkan skrin.

Selain itu, ada Now Bar dan Now Brief yang jadi pengingat pintar untuk anda. Sama ada notifikasi, reminder meeting, atau berita terkini – semuanya dihantar secara real-time. Dari segi keselamatan, Samsung perkenalkan Knox Enhanced Encrypted Protection yang pastikan data pengguna dilindungi sebaik mungkin.

Paling power, Samsung janji 7 tahun kemas kini OS dan keselamatan. Jarang syarikat lain berani tawarkan komitmen sepanjang ini. Maksudnya, telefon ini bukan sahaja tahan lama secara fizikal, tapi juga relevan dari segi perisian.

Galaxy Tab S11 Ultra Tablet Premium Untuk Kerja Dan Kreativiti

Sekarang kita masuk bab tablet pula. Galaxy Tab S11 Ultra dan siri S11 lain memang level premium habis. Samsung bina tablet ini untuk mereka yang mahu produktif, kreatif, dan mobile dalam satu masa.

Dengan ketebalan cuma 5.1mm, ia adalah tablet paling nipis keluaran Samsung setakat ini. Walaupun nipis, ia cukup berkuasa dengan pemproses 3nm terkini yang lebih pantas, efisien dan mesra AI. Pengguna boleh jalankan multitasking, aplikasi grafik berat dan AI tools dengan lebih smooth.

Paparan Dynamic AMOLED 2X menjadikan setiap tontonan drama Netflix, mesyuarat Zoom atau sesi melakar ilustrasi terasa realistik dan immersive.

Untuk pengguna kreatif, S Pen baharu dipertingkatkan – lebih responsif, lebih tepat. Digabungkan dengan Samsung DeX versi upgrade, pengguna boleh jadikan tablet ini macam laptop – siap ada dual-screen setup dan workspace yang boleh dikustom.

Samsung juga integrasikan tablet ini dengan apps popular seperti Goodnotes, Clip Studio Paint, LumaFusion, dan Notion. Sama ada anda seorang pelajar, pensyarah, content creator, atau arkitek – Galaxy Tab S11 Ultra memang all-in-one device.

Harga Dan Pilihan Model Untuk Pasaran Malaysia

Samsung sudah mengesahkan Galaxy S25 FE dan Galaxy Tab S11 Series akan mula dijual di Malaysia pada 19 September 2025. Harga rasmi dan variasi warna adalah seperti berikut:

Galaxy S25 FE

  • 256GB – RM3,099 (Warna: Navy, Jetblack, Icyblue, White)
  • 512GB – RM3,699

Galaxy Tab S11 Series

  • Tab S11 WiFi (12GB + 256GB) – RM3,899 (Gray, Silver)
  • Tab S11 5G (12GB + 256GB) – RM4,399
  • Tab S11 Ultra WiFi (12GB + 256GB) – RM5,999
  • Tab S11 Ultra WiFi (12GB + 512GB) – RM6,499
  • Tab S11 Ultra 5G (12GB + 256GB) – RM6,499
  • Tab S11 Ultra 5G (12GB + 512GB) – RM6,999

Untuk pembelian Samsung Reservation+ Voucher, layari terus laman rasmi: Samsung Reservation+ Voucher

Apa Kata Budiey?

Budiey nampak tawaran kali ini sebagai strategi bijak Samsung untuk tarik lebih ramai pengguna di Malaysia. Dengan harga premium, sudah tentu ada yang akan persoalkan – berbaloi atau tidak? Tetapi kalau diteliti, pakej yang Samsung tawarkan sangat menyakinkan. Diskaun RM250 melalui Reservation+ Voucher dah cukup beri alasan untuk orang rebut awal-awal.

Selain itu, aspek AI dalam Galaxy S25 FE dan Tab S11 Ultra bukan sekadar gimmick. Ia memang benar-benar menjadikan peranti lebih pintar, lebih adaptif, dan relevan dengan cara hidup moden. Bayangkan telefon yang bukan sahaja untuk ambil gambar, tetapi juga boleh jadi pembantu peribadi yang faham keperluan anda. Tablet pula bukan sekadar untuk catat nota, tetapi boleh gantikan laptop untuk kerja harian.

Kalau anda seorang pelajar universiti yang aktif, pereka grafik, content creator atau eksekutif muda yang perlukan peranti serba boleh – inilah masa yang sesuai untuk buat pelaburan. Ya, harganya tinggi, tapi dengan 7 tahun kemas kini OS, ia satu pelaburan jangka panjang yang sangat bernilai.

Bagi Budiey, Samsung sekali lagi berjaya buktikan mereka bukan sekadar jenama telefon pintar, tapi juga pemimpin inovasi AI dalam pasaran global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang Terkenal Bakal Serikan Malam Gemilang Anugerah Industri Muzik 24