in , ,

Yang Menarik Tentang Beetle By Hatta Dolmat 2019 

Untuk kekal relevan lagi terkini, pereka fesyen Hatta Dolmat terus menerus mengeluarkan pakaian ready to wear untuk menjadi pelengkap gaya hidup lelaki milenial. Tahniah buat Hatta Dolmat. Jom baca artikel dan tengok gambar-gambar baju terbaru dari Hatta Dolmat.

Sempena kedatangan tahun baru 2019, koleksi terbaru Beetle by Hatta Dolmat, kali ini hadir dengan siri terbaru BEETLE SHADOW yang memberi fokus kepada rangkaian kemeja bersulam dan baju Polo menjadi perhatian untuk jejaka yang sukakan identiti rekaan Hatta Dolmat berasaskan kumbang. 

Bagi Budiey, baju seperti ini sememangnya kasual dan senang digayakan di mana-mana acara mengikut kesesuaian dan gabungan dengan elemen pakaian dan aksesori agar nampak lebih trendy. 

BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019

Simbol Lelaki Kental & Sporty

Boleh digayakan tatkala bersiar dan juga jalan-jalan di shopping mall atau ke majlis keraian dengan dipadankan dengan penampilan asas yang lain. Budiey kira, kesederhanaan adalah asas sebenar keluaran kali ini dengan dominasi pelbagai warna asas tanpa corak yang lain selain seekor kumbang yang menjadi simbolik untuk lelaki zaman ini. Rekaan ini berbalas dengan warna bertenaga seperti biru dan merah. Sekaligus menzahirkan sifat lelaki yang sporty, maskulin dan kental. 

Logo Beetle tertera di dada kiri sebagai lambang identiti Hatta Dolmat yang cukup sinonim membiaskan rekaan yang timeless seiring dengan visi Hatta Dolmat yang tersendiri.

Sebelum ini Hatta Dolmat telah menghasilkan siri Beetle dalam pelbagai rekaan termasuklah minyak wangi. 

Koleksi ini berharga RM139 sehingga RM149 koleksi terhad dan ekslusif 2019 untuk anda gayakan pada tahun 2019 ini. 

Anda boleh dapatkan koleksi ini menerusi Instagram @beetlebyhattadolmat /+0135959864 dan dalam masa terdekat anda boleh dapatkan di Shopee!  

BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019
BEETLE BY HATTA DOLMAT 2019

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif & SonaOne Sebar Mesej Positif dalam Single PUN BOLEH

Lukas Graham Perform Pertama Kali di Malaysia