in , ,

Beausiti X Wonderlab Lancar Beaukids, Rangkaian Minuman Minuman Jeli Berkhasiat

“Kalau Aafiyah suka, anak anda pasti suka!” – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Diet seimbang untuk anak- anak sememangnya menjadi agenda penting bagi ibu dan bapa. Apabila usia anak sudah boleh menikmati makanan pejal, ibubapa kebiasaannya akan berusaha mencari idea makanan terbaik untuk zuriat tercinta. Selaras dengan usaha untuk terus membantu lebih ramai memiliki gaya hidup dan badan yang lebih sihat, BeauSiti X WonderLab kini telah melancarkan rangkaian produk minuman terbaharunya, BeauKids, yang memberi fokus kepada pembangunan kanak-kanak yang sihat melalui minuman berkhasiat.

Antara faktor yang diambil kira dalam menyediakan makanan kanak- kanak termasuklah zat makanan yang lengkap, kebersihan proses penyediaan makanan dan yang paling penting, ia perlu lazat dan digemari oleh kanak- kanak. Dengan itu, produk pertama yang diperkenalkan dibawah BeauKids adalah Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab (Aafiyah Nutri-Jelly Drink from BeauKids by BeauSiti X WonderLab) yang enak rasanya dan dipenuhi dengan khasiat.

Beausiti X Wonderlab Melancarkan Beaukids, Rangkaian Minuman Minuman Jeli Berkhasiat

Minuman berkhasiat terbaharu ini, Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab, telah diformulasi khas untuk kanak-kanak berumur dua (2) tahun ke atas untuk dijadikan minuman dan snek pilihan. Ia diperbuat dari Puri Strawberi yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan multivitamin, antaranya Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik. Selain itu, minuman berkhasiat ini juga boleh membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak dan meningkatkan sistem imun badan yang sihat. Ia bukan sahaja enak tetapi boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat.

Pelancaran BeauKids dari BeauSiti X WonderLab merupakan lanjutan kolaborasi kedua-dua jenama yang sebelum ini telah melancarkan Produk Minuman Kesihatan Botani untuk wanita iaitu – Beautéssence™ dan Minuman Kesihatan Sarang Burung – BeauNest, pada Disember lepas. Menerusi BeauKids, kedua-dua jenama, BeauSiti dan WonderLab, akan mengorak langkah dalam membekalkan rangkaian minuman kesihatan yang lebih holistik apabila adanya produk-produk untuk orang dewasa dan kini, untuk kanak-kanak.

Beausiti X Wonderlab Melancarkan Beaukids, Rangkaian Minuman Minuman Jeli Berkhasiat

Produk terbaharu Beaukids dari BeauSiti X WonderLab ini akan dilancarkan secara rasmi kepada pasaran pada bulan Mei dan boleh dibeli menerusi Dua (2) cara, iaitu dengan SitiZen (ejen BeauSiti) dan Wonder Star (ejen WonderLab).

Dipasarkan pada harga yang berpatutan, setiap kotak Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLabboleh didapatkan pada harga RM59.00 sekotak yang mengandungi 10 pek minuman berkhasiat setiap kotak. Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian BeauKids dari BeauSiti X WonderLab, ia juga akan didatangi dengan Berus Gigi Aafiyah rekaan khas secara percuma.

Beausiti X Wonderlab Melancarkan Beaukids, Rangkaian Minuman Minuman Jeli Berkhasiat

Ilham Disebalik Penubuhan BeauKids Dan Produk Minuman Berkhasiat Terbaharunya

Mengimbas kembali kepada penubuhan BeauSiti, jenama ini telah dilancarkan pada bulan September 2019 dan telah berkerjasama bersama WonderLab pada bulan Disember untuk melancarkan rangkaian produk minuman kesihatan botani untuk wanita iaitu – Beautéssence™ dan Minuman Kesihatan Sarang Burung – BeauNest

Selain daripada menjaga kesihatan diri, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, seperti setiap ibu yang lain, juga mementingkan perkembangan dan pertumbuhan anak-anak yang sihat. Melihat anak – anak membesar dengan sihat merupakan satu kebahagian terbesar buat ibu bapa. Maka, menjaga anugerah dan amanah tersebut adalah satu kesyukuran yang tidak ternilai.

Sebagai seorang ibu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza inginkan yang terbaik untuk Aafiyah supaya beliau membesar dengan sihat, cerdik dan aktif. Ini telah mencetus idea untuk menghasilkan produk terbaharu ini agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama semua ibu – ibu di luar sana. Kerana itulah juga beliau memilih Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab sebagai minuman dan snek pilihan bagi anak kesayangannya.

“Kini tidak sukar untuk pastikan anda aktif di dalam atau luar rumah. Kalau Aafiyah suka, anak anda pasti suka,” ujar Dato’.

“Bagi WonderLab, kami amat bangga dapat terus bekerjasama bersama BeauSiti dalam pelancaran BeauKids dan produk minuman berkhasiat terbaharu ini. Lanjutan kolaborasi ini merupakan simbol kejayaan kerjasama kedua-dua jenama kami sebelum ini. Kami juga percaya bahawa menerusi BeauKids, WonderLab boleh menyediakan solusi kesihatan yang holistik kepada lebih ramai,” ujar Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International), Encik Hoe Kian Choon (KC Hoe).

Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab  (Berperisa Strawberi)

Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab yang diperbuat dari Puri Strawberi ini telah terbukti mempunyai kandungan vitamin yang tinggi yang boleh membantu dalam perkembangan otak dan meningkatkan sistem imun badan kanak-kanak yang sihat.

Manfaat dan kelebihan minuman berkhasiat BeauKids dari BeauSiti X WonderLab:

• Diperbuat dari Puri Strawberi

• Kaya dengan multivitamin (Vitamin B6, B12, C, E dan Asid Folik)

• Meningkatkan pembangunan dan fungsi otak

• Membantu mengekalkan fungsi imun badan yang sihat

Beausiti X Wonderlab Melancarkan Beaukids, Rangkaian Minuman Minuman Jeli Berkhasiat

Mengenai WonderLab 

WonderLab merupakan jenama kecantikan terbaharu yang mula bertapak sejak Nov 2019. Ia menawarkan produk yang berasaskan sumber semula jadi, tulen dan selamat, kerana kami yakin bahawa alam semula jadi menawarkan rawatan yang terbaik buat wajah. Produk kami adalah hasil daripada kajian dan pembangunan rapi yang telah mendapat pengiktirafan badan GMP, dalam hal berkaitan nutrisi asli buat kulit wajah. Pada masa ini, WonderLab memegang hak milik pengedaran tunggal buat 2 siri produk – ‘Haruharu WONDER Black Rice Series’ dan ‘WELL NATURE Anti-Pollution Series’ yang memfokuskan keperluan golongan dan keperluan kulit yang berlainan. 

Selain daripada dua jenama ini, WonderLab juga telah memperkenalkan jenama tersendirinya – WonderDewi yang menjual masker WonderDewi, DewiChic Lip Tint Mood Collection. Sejak pelancaran masker WonderDewi, siri masker WonderDewi telah berjaya mencatat hasil jualan lebih daripada 500,000 masker (setakat Februari 2021). 

Pada bulan Disember 2020, WonderLab telah bekerjasama dengan BeauSiti buat kali pertama. Ia merupakan pencapaian yang  bersejarah bagi WonderLab dalam melangkahi ke segmen minuman kecantikan. Melalui kerjasama tersebut, dua produk baru telah dilancarkan – Beautéssence™, iaitu minuman kesihatan botanika harian No. 1, dan BeauNest, minuman kesihatan sarang burung yang penuh dengan nutrisi. Kedua-duanya telah menjadi sebahagian daripada produk-produk penjagaan kecantikan yang ditawarkan oleh WonderLab. Kini, kolaborasi bersama BeauSiti telah dilanjutkan menerusi pelancaran rangkaian minuman khasiat terbaharu, BeauKids yang juga memperkenalkan minuman khasiat – Minuman Jeli Berkhasiat BeauKids Aafiyah dari BeauSiti X WonderLab. Menerusi BeauKids, kedua-dua jenama, BeauSiti dan WonderLab, akan mengorak langkah dalam membekalkan rangkaian minuman kesihatan yang lebih holistik apabila adanya produk-produk untuk orang dewasa dan kini, untuk kanak-kanak. Ini membolehkan WonderLab membekalkan solusi yang lebih holistik untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Beausiti dan WonderLab, layari

www.beausiti.my atau halaman Facebook, Instagram BEAUSITI @beausitiofficial atau wonderlab.com.my atau halaman Facebook, Instagram @WonderLabOfficial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Andi Belum Pulih Kena Sihir Tapi Terpaksa Bekerja Kuat Untuk Survival

Akui Penyakit ADHD Makin Teruk, Sharifah Sakinah Menangis Mohon Maaf Mahu Berpindah