in ,

Bayi Shahrol Shiro Selamat Menjalani Pembedahan Buah Pinggang

Anak kedua Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang kini berusia lapan bulan telah selamat menjalani pembedahan buah pinggang di salah sebuah pusat perubatan swasta di Selangor, semalam.

Perkara itu dimaklumkan sendiri isteri Shahrol Shiro iaitu Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah kerana telah mendengar doa hamba-hambamu. Alhamdulillah pembedahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke wad.

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian,”

– Nor Farhanah Shamimi

Dalan hantaran itu juga, Anna turut berkongsi beberapa keping foto anaknya selepas selesai menjalani pembedahan buah pinggang.

Bayi Shahrol Shiro Selamat Menjalani Pembedahan Buah Pinggang

Menerusi InstaStory Anna, dia turut berkongsi foto anaknya berada dalam keadaan tersenyum.

“Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,”

– Nor Farhanah Shamimi

Pada 9 September lalu melaporkan bayi tersebut menghidap penyakit buah pinggang tahap kronik.

Lebih sayu bayi lelaki itu hidup bergantung kepada hanya satu buah pinggang yang sudah mengalami kerosakan manakala satu lagi buah pinggangnya langsung tidak berfungsi dengan sepenuhnya.

Menurut Anna, Ismail memerlukan rawatan segera kerana buah pinggangnya sudah membengkak. Selain Ismail Rifqi, Shahrol Shiro dan Anna yang bernikah pada 18 Mac 2016 turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Iskandar Rizqi, 4.

Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi turut mempunyai seorang anak lelaki, Muhd. Adam Danish hasil perkahwinan pertamanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustazah Noor Laila Beri Pesanan Buat Ebit Lew, Ramai Pula Bersetuju

Usahawan Luah Rasa Kagum, Dedah Izara Hanya Pilih Gaya Tudung Labuh