in

Bayaran Untuk Rayuan & Permohonan Yang Lulus Akan Dibuat Pada Bulan Januari 2021

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan kini sedang melaksanakan proses semak silang permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0).

Pembayaran bagi permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam Januari ini. 

“Proses penunaian BPN 2.0 di Bank Simpanan Nasional (BSN) juga berjalan sejak 26 Oktober lalu,” katanya.

Bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0, Tengku Zafrul memaklumkan, tempoh rayuan GKP 2.0 dibuka mulai minggu ini dan ia boleh dibuat secara dalam talian ATAU menerusi laman web tersebut gkp.hasil.gov.my.

Manakala, Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) di bawah pakej Kita Prihatin, beliau menjelaskan, setakat 27 November, sejumlah RM239.73 juta dibelanjakan bagi membantu 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 307,420 pekerja.

Dan, adalah diingatkan bahawa permohonan baru bagi PSU 2.0 masih dibuka kepada majikan sehingga 31 Disember 2020,

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jared Leto | 18

Pilihan Program & Filem Menarik Sepanjang Minggu di TV2

Noor Hisham | 19

KKM Nafi Vaksin Keluaran China Tidak Selamat