in ,

Bayar Zakat Sebulan Sekali, Aeril Zafrel Dituduh Mahu Menunjuk-Nunjuk

PELAKON Aeril Zafrel terkilan apabila didakwa sengaja menunjuk-nunjuk ketika berkongsi niatnya menunaikan zakat setiap bulan berbanding setahun sekali sebelum ini.

Aeril berkata, netizen tidak seharusnya menjadi punca dalam menyebarkan kebencian jika tidak mampu mendoakan dirinya.

“Hari itu saya ada buat hantaran di Instagram mengenai niat saya untuk membayar zakat setiap bulan serta mengajak dan mengingatkan kepada mereka yang berniaga untuk melakukan ibadat wajib ini.

“Jika kita tidak mampu untuk mendoakan, jangan kita menjadi asbab menyebarkan kebencian. Niat itu urusan hati, hati itu urusan Ilahi,” tulisnya di Instagram.

– Aeril Zafrel
Aeril Zafrel

Aeril berkongsi beberapa komen negatif ditinggalkan netizen yang menyifatkan tindakan Aeril hanya untuk kepentingan dirinya dan menunjuk-nunjuk. Malah ada juga netizen mengatakan Aeril tidak ikhlas dalam ibadah yang dilakukannya.

Terdahulu, pelakon drama Seindah Tujuh Warna itu berkongsi foto sedang membayar zakat di Instagram dengan kapsyen mengajak orang ramai yang berkemampuan dan mempunyai perniagaan untuk menunaikan zakat peribadi serta zakat perniagaan.

Menerusi perkongsian itu, Aeril meminta pengikutnya mendoakan supaya dia terus istiqamah dalam menunaikan tanggungjawab itu.

“Bertambah rezeki yang Allah kurniakan, bermakna makin besar tanggungjawab untuk ‘membayar’ hak dan tanggungjawab diri dan perniagaan kita untuk saudara-saudara seiman.

“Alhamdulillah dulu setahun sekali, sekarang niat dan sudah amalkan sebulan sekali. Moga saya istiqamah. Doakan kami. Semoga pada yang berkemampuan dan berniaga, mari bersama-sama kita nekad terus-terusan melaksanakan zakat perniagaan dan peribadi kita,” tulisnya.

– Aeril Zafrel

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Suntik Semangat, Fattah Amin Setia Menemani Fazura di Mahkamah

Zahiril Adzim Dalam Drama Pendek Hari Bapa PADAMU