in ,

Bawang Putih Bawang Merah Versi Uqasha Senrose & Ika Nabila

Drama Bawang Putih Bawang Merah begitu popular di kalangan penonton sejak zaman TV hitam putih sehingga diterbitkan dalam pelbagai versi menampilkan pelakon-pelakon utama yang melakonkan watak tersebut.

Terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan versi moden Bawang Putih Bawang Merah bertajuk Ratu Shuhada gandingan pelakon cantik Uqasha Senrose dan Ika Nabila selain turut dibintangi oleh Afiq Muiz, Riz Amin, Sheila Mambo, Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Norbaizura, Abu Bakar Juah, Amar Asyraf dan Dilla Ahmad.

[pullquote align=”right”]Drama bersiri Bawang Putih Bawang Merah Versi Uqasha Senrose dan Ika Nabila dalam Slot Widuri arahan Fairuz Loy ini menemui penonton mulai 15 Februari depan, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam di TV1 mengisi slot Widuri.[/pullquote]

Plot kisahnya bermula dengan berita kehilangan seorang waris diraja bagi Negara Citrapura tatkala kereta yang dinaiki oleh Raja Kasim bersama Permaisuri Zura dan Puteri Mahkota Farhana yang pada ketika itu baru berusia 10 bulan telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya setelah pulang dari sebuah majlis di Raja.

Tragedi itu telah mengakibatkan Raja Kasim yang sepi dan murung setelah kehilangan anaknya itu dan isterinya pula sakit. Dia telah dipengaruhi untuk menerima perkahwinan yang diaturkan oleh musuh dalam selimutnya iaitu Tengku Nora.

Dalam tragedi kemalangan itu berlaku, Puteri Mahkota sebenarnya telah tercampak keluar dan bergolek jatuh ke bawah bukit dan dia diselamatkan oleh orang asli bernama Endak yang keudiannya menyerahkannya kepada Pak Akob. Pak Akob berasa kasihan melihat bayi itu dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Jauhari.

Puteri yang diberi nama Syuhada itu kemudiannya dibesarkan dengan penuh kasih sayang bersama anak kandung Pak Akob bernama Shida. Setelah bertahun-tahun berlalu, maka besarlah kedua puteri Pak Akob. Pak Akob tidak pernah membezakan kasih sayangnya kepada kedua puterinya itu kecuali Mak Tipah yang kelihatan lebih memanjakan Shida dari Syuhada. Syuhada rapat dengan Pak Akob dan Pak Akob senang dengan Syuhada kerana Syuhada seorang anak yang taat pada orang tua dan cukup rajin. Pak Akob mengajar kedua puterinya itu mengaji Quran, tetapi Syuhada kelihatan lebih menonjol akan bacaan ayat Qurannya. Lemah lembut dan cukup merdu. Siapa mendengar pasti akan terpegun akan kelunakan lontaran suara Shuhada. Oleh sebab itulah dia digelar orang-orang kampung sebagai Ratu Syuhada.

Namun kasih sayang Syuhada pada Pak Akob tidak lama apabila ayah angkatnya itu telah meninggal dunia kerana lemas semasa dalam perjalanan pergi ke Pekan untuk mencari baju yang di idamkan oleh Syuhada. Mak Tipah telah menuduh Syuhada yang pembawa malang dan sial kerana bencana yang menimpa suaminya itu. Syuhada cukup bersedih.

Semenjak kematian Pak Akob, Syuhada telah hilang tempat mengadu. Dia sering di siksa oleh ibu angkatnya, Mak Tipah. Shida hanya mampu tersenyum dan mengejek Syuhada. Dia yang iri hati pada kecantikan dan kelebihan yang dimilik oleh Syuhada itu berasa puas apabila melihat Syuhada di pukul hampir setiap hari oleh ibunya. Penderitaan Syuhada berpanjangan sehingga dia meningkat umur remaja.

Pada suatu hari, Hakim bersama rakan baiknya bernama Amar telah datang ke kampung Jauhari bagi melihat tapak projek baru syarikat milik orang tua Hakim yang akan dibina di situ. Ketika di sana, Hakim dan Amar telah mendengar kelunakan dan kemerduan suara gadis yang memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran ketika mengaji. Hakim menyuruh Amar merisik. Amar yang merupakan rakan baik Hakim dan turut dianggap oleh bapa Hakim seperti anaknya sendiri tidak pernah engkar pada arahan. Dia cuba merisik-risik orang kampung itu mengenai gerangan suara siapa yang merdu mengaji itu. Rata-rata orang-orang kampung memberitahu bahawa suara itu adalah suara Ratu Syuhada.

Amar telah memberanikan diri untuk mencari gadis yang dinamakan sebagai Ratu Syuhada itu. Dia telah mencuri pandang di sebuah surau di kampung itu dimana kaum-kaum wanita sedang belajar mengaji dan dia terpegun seketika apabila melihat kecantikan seorang gadis yang sedang mengaji merdu itu. Sedang leka Amar mencuri pandang itu, dia telah di sergah oleh Pak Saleh yang kebetulan sedang lalu di situ. Pak Saleh geleng kepala. Amar terus lari lintang pukang menyelamatkan diri.

Hakim tidak sabar menanti berita dari Amar. Amar pulang ke rumah penginapan dengan tercungap-cungap. Hakim menerpa untuk mengetahui berita. Amar memberitahu dia belum dapat jumpa dengan gadis itu lagi. Dia akan cuba besok. Pada keesokkan harinya, Hakim menerima panggilan kecemasan dari Kuala Lumpur yang memintanya pulang dalam kadar segera. Hakim telah meminta Amar terus tinggal di situ sementara menjejaki gadis yang diidamkannya itu.

Amar cuba mendekati Syuhada dengan mencuri pandang dan mengkaji setiap perbuatan hariannya sehinggalah mengetahui dimana rumahnya. Pada suatu hari, Amar yang sedang bekerja di tapak projek telah melihat kelibat Syuhada sedang duduk termenung jauh di satu tempat. Amar segera ke sana. Apabila di dekati, Syuhada terus berlari pulang kerana takut. Amar cuba menjejaki. Syuhada segera masuk ke rumah dalam keadaan takut. Dia menceritakan kepada Mak Tipah mengenai seorang lelaki telah mengekori dirinya. Mak Tipah bertanya lelaki yang mana, Syuhada memberitahu yang lelaki bekerja di projek di kampungnya itu. Mak Tipah terfikir akan orang bandar yang kaya itu telah berkenan pada Syuhada. Mak Tipah segera keluar berjumpa dengan Amar. Mak Tipah bertanya tujuan Amar ke rumahnya itu.

Amar bertanya akan gadis yang berlari masuk ke dalam rumah Mak Tipah tadi. Mak Tipah dengan berasa bangga memberitahu yang gadis itu adalah anak gadisnya. Amar memberitahu kepada Mak Tipah bahawa dia akan membawa Hakim datang ke rumah Mak Tipah minggu depan untuk bertemu dengan Syuhada. Mak Tipah hanya bersetuju.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Dapatkah Ratu Syuhada bertemu kembali dengan keluarga sebenarnya yang berasal daripada keturunan Di Raja? Siapa pula lelaki pilihan Ratu Syuhada samada Hakim atau Amar?

babak sedih

drama bersiri Ratu Shuhada

Riz Amin dan Afiq Muiz

nelydia senrose manis bertudung dalam drama bersiri ini

babak drama Ratu Shuhada

Sheila Mambo dan Uqasha Senrose

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Siar Siri Dokumentari Terbaru Big Tips Texas

Pameran Perkahwinan Di Puncak Kayangan Menara Kuala Lumpur