in , ,

Bawa Watak Hero Aksi Permainan, Beto Teruja Bekerjsama Dengan Sofyank

Kolaborasi Paling Gempak Tahun Ini! Bawa watak hero aksi permainan, Beto Kusyairy Teruja Bekerjsama Dengan Sofyank. Beto: “Penggambaran Paling Susah Buat Pelakon”

Pertama kali membawakan watak hero aksi sebuah siri permainan arked popular era 90-an Metal Slug, pelakon disegani Beto Kusyairy cukup teruja dapat bekerjasama dengan pereka kandungan digital berbakat besar, Sofyank dalam sebuah video bagi mempromosikan versi baharu permainan tersebut iaitu Metal Slug: Awakening.

Melakonkan watak Tarma Roving—salah satu watak utama dalam Metal Slug: Awakening, Beto berkongsi kegembiraannya apabila menerima tawaran tersebut. “Saya cukup teruja untuk bekerja dengan Sofyank kerana pada saya dia adalah permata berharga negara. Saya memang menanti-nantikan untuk berseronok di set penggambaran kerana watak ini adalah berdasarkan permainan video yang melibatkan adegan aksi dan tembak-menembak.”

Metal Slug Poster_Beto Kusyairy

Menceritakan pengalamannya sewaktu di set penggambaran, pemenang Aktor Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 itu berkata dia perlu mempunyai imaginasi yang tinggi sewaktu menjayakan watak tersebut. “Kita semua tahu Sofyank adalah pakar kesan visual CGI, jadi sedari awal lagi kami sudah berbincang tentang jalan cerita, latar belakang dan pergerakan agar semuanya menjadi selari dengan apa yang dia mahu lakukan.”

Sementara itu, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah selaku pengarah video tersebut turut sama melakonkan satu lagi watak utama iaitu Marco Rossi. Memilih untuk melakukan penggambaran video tersebut di Stadium Shah Alam, Sofyank berpendapat bahawa status ikonik stadium tersebut bertepatan dengan permainan Metal Slug yang dianggap sebagai legenda terutamanya bagi mereka yang lahir pada era 80-an dan 90-an.

Ujar Sofyank, “Kemunculan semula Metal Slug sememangnya mengembalikan nostalgia. Sebab itulah Stadium Shah Alam dijadikan lokasi kerana ianya bakal dirobohkan dan sudah pasti akan menggamit kenangan rakyat Malaysia.”

Sofyank yang sebelum ini memenangi pertandingan Ultimate VFX Challenge – Magic of the Month anjuran Zach King itu turut mengulas mengenai kolaborasinya bersama Beto, “Saya sendiri yang memilih Beto kerana dia merupakan aktor hebat generasi kini, dan ramai orang sering menyuarakan hasrat untuk melihat kami bekerjasama dan akhirnya ia menjadi kenyataan.”

Metal Slug_Beto X Sofyan X Soloz

Selain daripada Beto Kusyairi dan Sofyank, video tersebut turut menampilkan atlet e-sukan terkemuka, Soloz yang mempunyai lebih 3 juta pengikut di media sosial. Soloz yang memegang watak sebagai pemain permainan sama seperti kehidupan sebenarnya turut mengatakan bahawa Metal Slug: Awakening merupakan antara permainan terbaik yang pernah dimainkan olehnya.

Bukan itu sahaja, kolaborasi tersebut turut melibatkan selebriti tempatan lain seperti Jinnyboy dan pempengaruh popular Cathryn Li, yang juga merupakan salah seorang pemain piano tercantik di Asia dengan jumlah pengikut menghampiri 5 juta orang dari serata dunia. Ternyata gabungan nama-nama ini menjadikan video tersebut sebagai kolaborasi paling gempak untuk tahun 2023.

Dilesenkan oleh SNK, Metal Slug: Awakening yang berasal dari Jepun ini merupakan salah satu harta intelek permainan yang paling dinanti-nantikan semula kemunculannya pada tahun ini.

Nantikan video Metal Slug: Awakening yang bakal dilancarkan pada 21 Ogos ini. Bagi menghangatkan lagi pelancaran video rasmi tersebut, sebuah video di sebalik tabir telah dimuat naik oleh Sofyank dan mencapai sebanyak 100 ribu tontonan dalam masa sehari, lantas meningkatkan lagi antisipasi terhadap produksi tersebut.

Sementara para peminat menantikan pelancaran video rasmi tersebut, Metal Slug: Awakening boleh mula dimuat turun dari App Store atau Google Play Store mulai sekarang.Untuk maklumat lanjut, nantikan informasi terbaharu di halaman rasmi:

Behind The Scene Video: https://www.youtube.com/watch?v=DGKJkBYCbng 

【Saluran Sosial & Komuniti Rasmi】

  • Pra-daftar sekarang:  https://metalslugsea.onelink.me/cQAj/i11dtu9u
  • Laman Web Rasmi: https://pre-reg.metalslugawk.vnggames.com/sgmy 
  • Halaman rasmi Facebook: https://www.facebook.com/MetalslugawakeningSGMY 
  • Kumpulan rasmi Facebook: https://www.facebook.com/groups/1785304858401025 
  • Discord: https://discord.gg/4ppXvt5nT5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR Magic5 Pro Keluaran Edisi Terhad Sempena Sambutan Merdeka

JOSIE HO

Filem Seram ONPAKU Lakonan Josie Ho di Pawagam Mulai 31 Ogos Ini