Kalau korang tengah rancang nak shopping sambil merasa pengalaman yang luar biasa, kempen The Golden Ticket yang dibawakan khas oleh Suria KLCC, Alamanda Putrajaya, dan Mesra Mall patut ada dalam senarai wajib pergi korang bulan Mei hingga Jun ni! Dengan konsep yang diinspirasikan daripada permainan klasik ‘Snakes and Ladders’, kempen yang kini memasuki edisi keenam menjanjikan bukan sahaja hiburan interaktif untuk semua lapisan umur tetapi juga baucar e-digital berjumlah RM500,000 untuk dimenangi.
Suria KLCC Tampilkan Taman Permainan Neon Gergasi Penuh Keajaiban
Bermula dari 9 hingga 25 Mei 2025, ruang legar utama atau Centre Court di Suria KLCC akan bertukar wajah menjadi taman permainan berskala besar dengan tema retro-futuristik. Korang boleh expect suasana penuh magik dengan lampu neon yang menyala, dadu gergasi, dan panel interaktif – seolah-olah korang masuk ke dunia permainan hidup sebenar.
Kempen ni bukan main-main. Setiap pembelian minimum RM1,500 dalam dua resit dari kedai terpilih membolehkan korang untuk sertai permainan dan rebut peluang memenangi pelbagai jenis tiket dengan ganjaran berikut:
- Purple Ticket – e-Baucar bernilai RM50
- Emerald Ticket – e-Baucar bernilai RM100
- Ruby Ticket – e-Baucar bernilai RM5,000
- Golden Ticket – e-Baucar bernilai RM10,000
Bila ada pembeli bertuah menang Ruby atau Golden Ticket, suasana terus berubah! Lampu neon mula berkelip, muzik rancak berdentum, dan tepukan bergema dari seluruh penjuru. Momen penuh gembira ini akan dirakam dan dipaparkan di Wall of Winners, lengkap dengan gambar dan video pemenang di skrin LED gergasi. Memang syok habis!
Menurut Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd:
“Kempen The Golden Ticket telah menjadi tradisi tahunan yang dinanti-nantikan oleh pelanggan setia kami. Untuk edisi tahun ini, pihak Suria KLCC benar-benar menggandakan kemeriahan ke tahap seterusnya, memastikan semua yang menyertai pulang dengan senyuman.”
Aktiviti Tambahan Buat Sekeluarga Terhibur
Selain daripada papan permainan gergasi, kempen ini turut menyajikan pelbagai aktiviti interaktif seperti:
- Photobooth arked dengan latar neon
- Mesin claw berhadiah menarik
- Gula-gula kapas dan neon glow sticks khas untuk hujung minggu
Buat pengunjung yang suka bermain di alam maya, versi digital kempen juga tersedia di laman dan media sosial rasmi Suria KLCC. Malah ada hadiah wang tunai tambahan untuk dimenangi. Jadi kalau tak sempat turun ke lokasi, boleh tetap join secara online.
Alamanda Putrajaya Bawa Suasana Flora & Fauna Yang Menenangkan
Kalau korang duduk area Putrajaya dan sekitar, jangan risau. Alamanda Putrajaya kembali membawakan kempen The Golden Ticket dari 23 Mei hingga 8 Jun 2025 – kini memasuki tahun kelima atas sambutan hangat dari pembeli.
Dekorasi tahun ini bertemakan flora dan fauna tropika yang bukan sahaja insta-worthy tetapi turut memuatkan animasi interaktif untuk pengalaman yang lebih immersive.
Dengan pembelian RM500 atau lebih dalam dua resit, korang layak untuk melontar dadu berwarna dan rebut peluang memenangi:
- Golden Ticket – e-Baucar bernilai RM1,000
- Yellow Ticket – e-Baucar bernilai RM500
- Blue Ticket – e-Baucar bernilai RM50
Yang paling menarik, setiap hari akan ada seorang pemenang bertuah membawa pulang Golden Ticket. Kalau tiada pemenang pada hari itu, tiket akan dibawa ke hari berikutnya, menjadikan peluang menang lebih tinggi!
Mesra Mall Terengganu Hidupkan Semula Nostalgia Permainan Retro
Buat korang di Pantai Timur, jangan lepaskan peluang! Mesra Mall, Terengganu turut menganjurkan kempen ini dari 9 hingga 25 Mei 2025. Tema kali ini memang mengundang nostalgia: permainan retro Snakes and Ladders dengan sentuhan moden.
Dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam dua resit, pengunjung berpeluang melontar dadu replika berwarna-warni dan membuka kotak misteri yang menyimpan hadiah-hadiah berikut:
- Golden Ticket – e-Baucar bernilai RM1,000
- Silver Ticket – e-Baucar bernilai RM500
- Blue Ticket – e-Baucar bernilai RM30
Sebanyak 51 hadiah disediakan setiap hari, jadi memang ada peluang tinggi untuk menang! Pemenang akan diraikan dengan suasana ceria, cek replika bergambar, dan boleh terus kongsi momen manis tu di media sosial.
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, kempen The Golden Ticket ini bukan sekadar promosi beli-belah, tapi satu pengalaman gaya hidup yang immersive dan penuh emosi. Gabungan elemen nostalgia permainan zaman kanak-kanak dengan sentuhan hiburan moden menjadikan kempen ini sangat unik dan menyentuh jiwa – lebih-lebih lagi buat yang nak rasa keterujaan sebenar ketika shopping.
Budiey sarankan, kalau korang nak rasa suasana beli-belah yang luar daripada biasa, penuh warna-warni, muzik rancak, dan mungkin juga rezeki terpijak RM10,000, wajiblah jejak kaki ke Suria KLCC, Alamanda Putrajaya, atau Mesra Mall sepanjang tempoh kempen ni. Mana tahu, rezeki lepas raya korang bermula dari sini!
Untuk info lanjut dan kemaskini terkini, korang boleh layari:
- Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my / facebook.com/SuriaKLCCMall
- Alamanda – www.alamanda.com.my / facebook.com/AlamandaShoppingCentre
- Mesra Mall – www.mesramall.com / facebook.com/MyMesraMall