in ,

Battle Of The Sexes Maxis

BATTLE OF THE SEXES, INISIATIF RANGKAIAN SOSIAL MEDIA, ANTARA 5 TERATAS DI DUNIA
Tawaran inovatif Maxis membolehkan rakyat Malaysia berinteraksi secara sosial dalam persekitaran internet yang memperkayakan

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul Malaysia, hari ini mendedahkan bahawa inisiatif rangkaian sosial tempatannya, Battle of the Sexes, telah sejak tahun 2009, berkembang sehingga mencecah 1.5 juta ahli-ahli Malaysia pada masa sekarang. Program rangkaian sosial ini telah juga mendapat sanjungan untuk rangka kerjanya yang menambat perhatian, dari dua badan anugerah inovasi global pada tahun in sahaja, dan untuk kedua-dua kes, ia terletak dalam barisan lima teratas. Battle of the Sexes telah terpilih sebagai finalis untuk perkhidmatan ’Sosial Media yang Terbaik’ di anugerah kandungan mudah alih Meffys 2011 dan pada masa ini, antara syarikat telekomunikasi yang terpilih untuk memenangi anugerah ’Perkhidmatan Kandungan yang Terbaik’ di World Communication Awards 2011 yang akan diadakan pada bulan November ini.

BOTS Photo 1s

Battle of the Sexes memberi rakyat Malaysia peluang untuk bertemu dan mengenali satu sama lain dalam sfera rangkaian sosial, dengan melibatkan diri dalam satu pertikaman lidah yang mencerminkan perbezaaan-perbezaan jantina yang abadi dan menghiburkan. Melalui Battle of the Sexes, setiap hari di seluruh negara, peserta-peserta mengambil bahagian dalam sebuah perjuangan dalam talian yang rancak, menggunakan alat-alat sambungan seperti telefon-telefon ciri, komputer peribadi dan tablet. Pada mulanya, ia merupakan perkhidmatan permainan mudah alih berasaskan WAP, tetapi pertempuran jantina dalam sfera rangkaian sosial Battle of the Sexes ini telah menjana 4.4 juta paparan halaman setiap hari, termasuk dari 22,000 pelawat unik harian secara puratanya.

Peserta Battle of the Sexes boleh menikmati perbualan secara terbuka dan peribadi tanpa had, muat naik dan perkongsian, muat turun permainan mudah alih mingguan, dan juga memenangi premium filem dan tiket-tiket untuk melanjutkan pertempuran yang menghiburkan ini ke dunia nyata. Harga kemasukan ke dalam gelanggang dalam talian ini boleh dimampu oleh semua pelanggan Maxis, kerana semua caj-caj data ditindas dan para pengguna hanya perlu membayar yuran mingguan dan bayaran menyeluruh sebanyak RM2.

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke, berkata, ”Kami amat gembira dapat menyediakan rakyat Malaysia dengan lebih banyak peluang untuk berinteraksi dari segi sosial, dalam satu persekitaran dalam talian yang menyeronokkan, mampu, bermanfaat dan sentiasa diperkaya dengan ciri-ciri baru, sebagai sebahagian daripada penerajuan Maxis dalam perkhidmatan data untuk cara hidup rakyat Malaysia. Inovasi Maxis bersasar untuk menyampaikan kepada rakyat Malaysia apa yang mereka fahami dalam konteks hidup mereka. Kami akan terus mengembangkan inisiatif tempatan yang membuat hidup lebih kaya dalam cara-cara yang bermakna disini.”

Jean Pascal menambah, “Battle of the Sexes, yang bermula sebagai satu permainan, telah berkembang menjadi komuniti rangkaian sosial tempatan yang sejajar dengan aliran global. Kamu ingin mengucapkan berterima kasih semua rakyat Malaysia yang telah membuat platform ini begitu berjaya. Battle of the Sexes merupakan tapak sosial Malaysia, dikuasakan oleh jentera yang dicipta oleh syarikat-syarikat Malaysia – Techninier Sdn Bhd and Maxis, dengan kandungan dan penyertaan oleh rakyat Malaysia. Kami berbangga Battle of the Sexes telah menjadi satu kes kajian yang unik dan diraikan dalam fenomena rangkaian sosial global yang lebih luas.”

“Perkongsian Maxis dan Techninier Sdn Bhd adalah contoh terbaru bagaimana Maxis bekerjasama untuk pembangunan industri kandungan tempatan. Maxis bukan orang asing dalam pembangunan kandungan tempatan dan inovasi, setelah melancarkan inisiatif-inisiatif untuk memupuk ruang kandungan Malaysia sejak 2007. Program Maxis Mobile Content Challenge, yang telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, setakat ini telah menghasilkan 461 idea-idea baru untuk membantu merangsang pertumbuhan industri kandungan mudah alih asli dan program alumni telah terus meraih anugerah dan pengiktirafan dalam sfera kandungan tempatan.”

Antara ciri utama Battle of the Sexes termasuk: ujian profil personaliti yang meletakkan peserta-peserta ke dalam 16 jenis untuk dipadan; Battle of the Sexes Domination Bar, kad skor pertempuran masa nyata; gusti untuk hak pentadbiran bilik sembang; kemas kini filem dan muat turun kertas hias dinding filem; dan pertukaran hadiah yang dibolehkan oleh mata wang maya alam, yang boleh dibeli secara selamat melalui sistem bil Maxis.

Untuk maklumat lanjut mengenai Battle of the Sexes, tunjukkan browser mudah alih anda ke http://m.botsmax.com/, atau layari botsmax.com dari komputer dan tablet anda. Untuk melanggan, SMS ke 27117. Langganan dicaj RM2 setiap minggu, dengan pengguna kali pertama menikmati tujuh hari pertama secara percuma.

BOTS Photo 2s

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Inspitari 2011

Sinopsis Filem Apa Tengok-Tengok