in , ,

Bata Raikan Ulang Tahun 131 Tahun Legasi & 95 Tahun Bertapak di Malaysia

Bata Menghargai Sejarah Panjang, Merayakan Kehadiran Ikonik Dan Menyentuh Hati Rakyat Malaysia Dengan Sambutan Founder’s Day Yang Penuh Warna

Jenama kasut ikonik Bata sekali lagi mencipta sejarah apabila meraikan dua pencapaian besar serentak — 131 tahun legasi global dan 95 tahun perjalanan di Malaysia. Acara ini diraikan dengan penuh gaya di gedung utama Bata di KLCC, bertemakan “From First Steps to Forward Futures”, menandakan perjalanan panjang jenama ini dari sebuah kota kecil ke seluruh dunia, dan dari satu generasi rakyat Malaysia ke generasi seterusnya.

Bata bukan sekadar jenama kasut. Ia adalah sebahagian daripada memori kolektif rakyat Malaysia. Dari langkah pertama ke sekolah dengan kasut putih klasik, ke kasut kerja pertama yang menemani anak muda masuk ke dunia profesional, sehingga ke kasut harian yang sinonim dengan keselesaan, Bata terus kekal sebagai pilihan rakyat.

Bata Raikan 131 Tahun Legasi & 95 Tahun Bertapak di Malaysia

Budiey Hadir Memeriahkan Acara Dan Shopping Dengan Voucher RM200

Budiey turut dijemput menghadiri sambutan penuh meriah ini di Bata KLCC. Suasananya memang cukup happening, penuh dengan rakan media, tetamu jemputan dan figura penting dari keluarga pengasas Bata sendiri.

Apa yang buat Budiey rasa sangat happy, setiap media yang hadir diberikan voucher bernilai RM200. Terbaik betul event macam ni sebab ia bukan sahaja meraikan jenama, tapi juga menghargai media yang setia membuat liputan.

Dengan voucher tu, Budiey sempat memilih sebuah beg galas baharu dan sepasang kasut yang selesa. Memang berbaloi dan meninggalkan kenangan manis untuk dibawa pulang.

Sebelum shopping, kami makan dan chill dulu bersama warga Bata untuk mengenali dan mendalami latar belakang serta mengetahui sejarah produk Bata.

Bata Raikan 131 Tahun Legasi & 95 Tahun Bertapak di Malaysia

Kata Pengarah Urusan: “Bata Adalah Masa Depan”

Pengarah Urusan Bata Malaysia dan Singapura, Rabi Hasnabi, tampil berkongsi visi besar beliau tentang hala tuju Bata. Dengan pengalaman luas dalam fesyen dan runcit dari Eropah dan Asia, beliau membawa cita rasa antarabangsa tetapi masih menjiwai budaya tempatan.

Selama 95 tahun, Bata sentiasa bersama keluarga Malaysia — daripada kasut sekolah, ke kasut kerja pertama, sehinggalah pilihan harian untuk gaya dan keselesaan.

Keistimewaan kami adalah kualiti yang boleh dipercayai dengan harga berpatutan. Dalam pasaran yang semakin mencabar, kami terus melabur dalam rekaan bergaya, teknologi keselesaan dan inovasi, tanpa lari daripada janji mampu milik. Inilah kekuatan sebenar Bata.

Rabi Hasnabi,

Masa depan Bata bukan hanya tentang menjual kasut; ia menginspirasikan bagaimana rakyat Malaysia melangkah ke hadapan — bergaya, selesa dan yakin. Bata adalah masa depan.

Bata Raikan 131 Tahun Legasi & 95 Tahun Bertapak di Malaysia

Christine Bata Tekankan Nilai Warisan Dan Komuniti

Turut hadir ialah Christine Bata, wakil keluarga pengasas Bata dan Pengerusi The Bata Shoe Museum Foundation di Toronto. Kehadirannya cukup bermakna kerana beliau meneruskan legasi datuknya, Tomáš Baťa, yang memulakan jenama ini di Zlín, Republik Czech.

Dalam ucapannya, Christine menekankan bahawa kasut bukan sekadar alas kaki, tetapi saksi budaya dan kehidupan. Beliau berkongsi tentang Bata Shoe Museum di Toronto yang menempatkan hampir 15,000 artifak merentasi lebih 4,500 tahun sejarah manusia. Katanya:

Bagi kami, setiap langkah ada kisahnya. Setiap pasang kasut melambangkan budaya, insan dan kehidupan yang disentuh. Itulah jiwa Bata.

Christine Bata
Bata Raikan 131 Tahun Legasi & 95 Tahun Bertapak di Malaysia

Selain itu, beliau juga menekankan tentang Bata Children’s Program (BCP), satu inisiatif global yang memberi pendidikan, kesejahteraan dan peluang kehidupan kepada kanak-kanak dan keluarga. Baginya, peranan Bata jauh lebih besar daripada perniagaan — ia tentang memberi keyakinan kepada generasi masa depan.

Koleksi Baharu: Gaya, Selesa Dan Harga Mampu Milik

Bata terus memikat hati pelanggan dengan koleksi terbarunya yang menggabungkan gaya, keselesaan dan harga berpatutan. Antara koleksi yang diperkenalkan:

  • Victoria Ballerina (bermula RM59.99) – Kasut ballerina paling selesa, sesuai untuk pelbagai acara dan cukup versatile.
  • Men’s Moccasin (bermula RM89.99) – Kasut kasual untuk gaya santai harian dengan keselesaan berpanjangan.
  • Power Hotshots (RM119) – Koleksi ikonik era 90-an yang pernah dipakai Kurt Cobain (Nirvana) kini kembali untuk generasi baru yang berani menonjolkan gaya.
  • Power EasySlide (bermula RM139) – Sandal praktikal dengan teknologi keselesaan moden, sesuai dipakai setiap hari.

Komitmen terhadap kualiti dan inovasi inilah yang memastikan Bata terus diiktiraf, termasuk di Putra Brand Awards, membuktikan ia masih pilihan utama rakyat Malaysia.

Bata Raikan 131 Tahun Legasi & 95 Tahun Bertapak di Malaysia

Legasi Tomáš Baťa Dan Visi Ke Hadapan

Visi pengasasnya, Tomáš Baťa, kekal hidup hingga kini. Kata-katanya yang terkenal pada tahun 1894 masih diingati:
Sesudah kami menyediakan kasut kepada seluruh dunia, kami akan melancarkan roket ke angkasa untuk menyediakan kasut kepada makhluk asing pula. Lebih baik lagi kalau mereka ada empat kaki.

Ungkapan ini jelas membuktikan keberanian dan imaginasi beliau, yang terus mengalir dalam DNA Bata — berani bermimpi besar, terus berinovasi dan sentiasa melangkah ke hadapan.

Bata Raikan 131 Tahun Legasi & 95 Tahun Bertapak di Malaysia

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, acara sambutan ulang tahun Bata ini bukan sekadar meraikan sejarah panjang sebuah jenama kasut, tetapi ia juga simbol bagaimana jenama antarabangsa boleh membina hubungan mendalam dengan rakyat Malaysia. Kehadiran Christine Bata sendiri memperlihatkan betapa jenama ini menghargai warisan dan budaya. Ditambah pula dengan pendekatan moden Rabi Hasnabi, jelas sekali Bata sedang menyusun strategi baharu untuk terus kekal relevan dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Budiey juga merasakan event seperti ini sangat berbaloi kerana ia bukan hanya mempamerkan produk dan warisan, tetapi turut menghargai media yang hadir. Dengan adanya voucher RM200, Budiey sendiri dapat merasa pengalaman membeli-belah di gedung Bata KLCC — satu cara yang cukup bijak untuk membuatkan tetamu pulang dengan senyuman.

Cadangan Budiey, Bata perlu terus mengekalkan pendekatan mesra komuniti ini. Jangan sekadar menjual kasut, tetapi teruskan melabur dalam pengalaman pelanggan yang unik, inisiatif sosial yang bermakna dan inovasi rekaan yang berani. Jika jenama ini mampu mengimbangi warisan dan masa depan, tidak mustahil Bata akan terus melangkah selama ratusan tahun lagi, menjadi teman akrab setiap langkah rakyat Malaysia.

Bata Raikan 131 Tahun Legasi & 95 Tahun Bertapak di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple TV+ Lancar Trailer Musim Ketiga Siri Komedi Satira ‘Loot’