in , , ,

Baru Tiga Episod, Pengarah Terkejut Peminat Serbu SOGO Demi NUR 2!

Baru 3 episod bersiaran, nampaknya demam Nur 2 dah bermula! Sana-sini orang ramai mula membincangkan babak-babak yang membuatkan penonton sudah tidak sabar untuk menunggu episod seterusnya.

Dalam masa sama, pengarah drama popular itu Shahrulezad Mohameddin memberitahu dia terkejut melihat sambutan yang diterima di siri jelajah Nur 2 yang berlangsung di pusat beli belah Sogo, hari ini.

EKSKLUSIF Drama NUR 2 Bersama Megat Penyanyi TETAP KAMU

“Seumur hidup abam, abam rasa ni lah kali pertama drama yang abam buat diberikan sambutan semeriah ini walhal baru 3 episod bersiaran.”

Ada lagi 12 episod sedang menunggu. Anyway, terima kasih pada peminat drama Nur dan Nur2 yg sanggup bersusah payah beratur selama berjam untuk bersama warga artis drama Nur,”

– Shahrulezad

Shahrulezad juga memohon maaf kerana tidak dapat menyertai acara yang berlangsung semalam disebabkan sibuk di lokasi bagi menyiapkan drama untuk slot Samarinda yang bakal bersiaran pada bulan Ramadan ini.

“Abam rasa cukup terharu sangat sokongan kalian. Sayang korang ketat ketat. Terima kasih ek,”

– Shahrulezad

Apapun, good luck untuk drama pencalonan Nur di Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang bakal disiarkan pada jam 9 malam ini di TV3 dan www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuna Memaparkan Keunikan Malaysia dalam Video Muzik FOREVERMORE

Dakwa Difitnah Pengusaha Kosmetik, 5 Selebriti Buat Laporan Polis