in

Baru Mula Sokong Ali, Sekali Netizan Perasan Tulisan di Surat Saman

Berita membabitkan saman balas pelawak Ali Puteh terhadap kakak iparnya Nor Hidayah Mohd Ali beberapa hari lalu seakan ‘melet0p’ kembali.

Pada hari pertama berita tersebar, Ali sudah memuatnaik status di Instagram merujuk kepada isu tersebut, namun terpaksa menutup ruangan komen.

Selepas tampil memberi penjelasan, Ali dilihat sudah membuka semula ruangan komen bersama dengan posting baru.

Baru Mula Sokong Ali, Sekali Netizan Perasan Tulisan di Surat Saman

Jika sebelum ini, timbul perbezaan pendapat di kalangan warganet apabila gigih memberikan hujah masing-masing berkenaan isu saman Ali dan Hidayah.

Dah macam ada dua pasukan ‘berbalah’ pula, di mana team Ali melawan team Hidayah. Ada yang menyokong Ali, ada juga yang menyokong Hidayah.

Bagaimanapun menerusi perkongsian terbaru Ali, rata-rata komen ditinggalkan warganet kali ini bersifat positif.

Baru Mula Sokong Ali, Sekali Netizan Perasan Tulisan di Surat Saman

Meskipun Ali hanya berkongsi gambar pergi memancing, tapi kebanyakan memberi kata-kata berbentuk nasihat dan sokongan kepada Ali merujuk kepada isu dengan Hidayah.

” Sabar lah ali. Orang kalau dah tak suka.. Kau terangkan lah kebenaran macam mana pun.. Still dia tak akn suka kau.. Still dia akan nmpk salah kau. Bagus kau tak pedulikn apa orng nk kata..,” tulis Ghoul

Baru Mula Sokong Ali, Sekali Netizan Perasan Tulisan di Surat Saman

Namun begitu, terdapat satu komen dari pemilik akaun ig ezzultan yang mendakwa ternampak tulisan yang sangat kurang menyenangkan di PDF surat saman Ali kepada kakak ipar beliau

“Ali.. time aku tgah syok2 tengok video kau tadi, tetiba aku terperasan plak pada satu petikan yg kau tunjukkan pada camera secara dekat gambar PDF tuntutan balu arwah dlam handfone kau. tapi yg tak sedap tu.. pdf tu tertulis “Pembelaan hidayah puk-imak”. Tak kan ko sebi-adap tu kan ali. boleh kau jelaskan?’ tulis pemilik akaun tersebut.

Baru Mula Sokong Ali, Sekali Netizan Perasan Tulisan di Surat Saman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pernikahan Miera Leyana dengan Usahawan Rosland Direstui Keluarga

Sambut Hari Jadi 15 Kali, Ruhainies Janji Ini Sambutan Terakhir Tahun 2020