in ,

Bapa Kepada Penyanyi Liza Hanim Meninggal Dunia

Bapa kepada penyanyi popular, Liza Hanim, Abdul Halim Abd. Razak telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), di sini lewat petang tadi. Salam takziah buat Liza Hanim dan keluarga.

Bapa kepada penyanyi popular, Liza Hanim, Abdul Halim Abd. Razak telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), di sini lewat petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Liza menerusi laman Instagramnya yang memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan roh arwah bapanya.

Bapa Kepada Penyanyi Liza Hanim Meninggal Dunia

“Assalamualaikum semua, saya dengan rendah diri ingin memaklumkan bapa saya sudah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Jenazah akan dibawa pulang ke rumah selepas urusan memandikan jenazah selesai di HUKM. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihi-Nya,”

– Liza Hanim

Keadaan kesihatan Allahyarham Abdul Halim yang dikesan menghidap kanser awal April lalu semakin merosot sewaktu bulan Ramadan malah terpaksa beraya di hospital.

Beberapa hari selepas sambutan hari raya, arwah dibenarkan pulang ke rumah sebelum dikejarkan semula ke HUKM tiga hari lalu.

Menyedari keadaan bapanya yang semakin ktitikal, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu memuat naik status berdoa agar pemergian arwah dipermudahkan beberapa jam sebelum dia meninggal dunia.

Kira-kira sebulan lepas, Liza juga telah kehilangan bapa mentuanya, Mohamed Samsudin Tahir pada 9 Mei.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dugaan Jaga Anak Angkat Berbeza Bangsa Dalam 13 Episod KELUARGA K.A.M.I.L

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan Makanan