Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Banjir Kilat Melanda Melaka, 40 Mangsa Dipindahkan

Hujan lebat lebih enam jam menyebabkan 40 mangsa banjir di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

MELAKA: Beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air banjir berikutan hujan lebat yang turun sejak awal pagi tadi.

Antara kawasan yang terlibat di Bukit Beruang adalah Taman Melawis, Taman Kerjasama, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Sungai Putat. 

Lokasi lain yang turut dinaiki air adalah Taman Rambai Jaya dah Taman Rambai Indah manakala di Durian Tunggal melibatkan Kampung Padang Keladi dan Kampung Bukit Balai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, kawasan paling terjejas adalah Bukit Beruang melibatkan 40 orang mangsa dari tiga taman perumahan dan sebuah kampung.

“Seramai 28 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dan BBP Padang Temu telah digerakkan untuk operasi menyelamat. 

“Kesemua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah.

“Manakala di Taman Rambai Jaya dan Taman Rambai Indah pula hanya tujuh sahaja mangsa yang terlibat dan akan ditempatkan di rumah saudara terdekat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, di Durian Tunggal, kerja-kerja pemindahan seramai enam orang mangsa telah selesai dilakukan dan kesemua mereka akan ditempatkan di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal.

Setakat tengahari tadi, hujan lebat telah pun berhenti dan cuaca kini dalam keadaan mendung. -UTUSAN ONLINE

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memaklumkan, kesemua mangsa itu melibatkan tiga buah taman perumahan dan sebuah kampung.

“Panggilan kecemasan awal pihak bomba terima adalah pada jam 9.20 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Padang Temu bersama 28 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi mendapati ada antara kediaman yang dimasuki air sehingga paras dada yang mana semua mangsa itu dari Taman Melawis, Taman Kerjasama, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Sungai Putat,” katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja pemindahan mangsa seramai 40 orang dari semua kawasan itu kini giat dijalankan dan mangsa akan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah.

Turut digerakkan bagi operasi pemindahan dan menyelamat mangsa banjir adalah tiga buah bot dan satu lori angkut.Antara kawasan lain yang turut terjejas adalah Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak di Melaka tengah, Gangsa di daerah Alor gajah dan Tehel di daerah Jasin.

Beberapa jalan utama di sekitar daerah Melaka Tengah juga telah ditutup bagi mengelakkan laluan kenderaan.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version