in , ,

Band Joanna And Co. Kembali Dengan Single Terbaharu Berjudul KINI KU SEPI

Setelah membuat kemunculan semula pada tahun lalu dengan single ‘Go Ahead’, band Pop Indie Alternative ‘Joanna and Co.’ yang diwarnai oleh Joanna Renisa (vokal), Ijam (gitar), Kusha (Bass) dan Farid Hashimoto (drums) melancarkan single terbaharu mereka yang berjudul ‘Kini Ku Sepi’.

Band Joanna and Co. yang tidak asing dalam industri muzik Malaysia pernah popular dengan lagu hit mereka seperti ‘Aku Pelangi’, ‘Lutsinar’ dan sebuah lagu duet bersama Aliff Aziz berjudul ‘Kalau Cinta’, kini mempertaruhkan single terbaharu ‘Kini Ku Sepi’ yang membawa genre 80’s Pop Vibe dalam usaha mengembalikan aura yang pernah dipelopori oleh Dato’ Sheila Majid dan Francesca Peter yang sememangnya menjadi inspirasi Joanna and Co. dalam penulisan muzik mereka.

Bahkan ramai pendengar memberi respon mengatakan lagu Kini Ku Sepi mirip lagu Dato Sheila Majid dengan nuansa Pop Moden.

Bercerita tentang ‘Kini Ku Sepi’ yang mengisahkan seorang gadis yang kecewa ditinggalkan kekasih tetapi masih bersikap positif dengan ketentuanNya, Joanna Renisa selaku vokalis dan penulis lagu ini berkata Kini Ku Sepi mula dicipta sebagai sebuah lagu berentak R&B pada 20 tahun dahulu dan beliau merasakan tahun 2020 adalah tahun yang terbaik untuk lagu ini dikeluarkan.

Kini Ku Sepi turut menerima sentuhan kolaborasi beberapa musisi tanah air seperti Ayop AzrilJuad dari band Robot Asmara, Farin Irwan dari band Gerhana Ska Cinta yang menyumbangkan sentuhan magis melalui saxophone beliau. 

Widy dari Gerhana Ska Cinta dan Jipie dari band PESAWAT turut membantu dari pengolahan semula melodi dan harmoni vokal.Kini Ku Sepi telah diadun oleh Hafiz Ahmad seorang jurutera bunyi yang tidak asing dari zaman Synchrosound Studio hingga ke Tune Studio manakala proses mastering diadun oleh Leon Zervos seorang jurutera mastering Internasional yang telah berkerja dengan artis terkenal seperti Maroon 5, Rihanna dan Pink.

Muzik video ‘Kini Ku Sepi’ telah pun dilancarkan pada 14 Mac 2020 yang lalu dan kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Muzik video tersebut boleh ditonton di pautan https://bit.ly/kinikusepi

Lagu ini akan dilancarkan di semua platform digital seperti Spotify, JOOX, Apple Music, Deezer dan Youtube Music pada 3 April 2020 manakala album fizikal dalam bentuk CD dan Vinyl bakal dilancarkan pada tahun ini selepas redanya wabak Covid19

Band Joanna And Co.

Joanna and Co. who is famously known with their hit singles like ‘Aku Pelangi’, ‘Lutsinar’ and ‘Kalau Cinta’ a duet with Aliff Aziz, now releasing a new single ‘Kini Ku Sepi’ to bring back the 80’s Pop Vibe music. The genre was once popularized by Malaysian legendary singers like Dato’ Sheila Majid and Francesca Peter, who has truly inspired Joanna and Co. in their song writing.

Speaking about ‘Kini Ku Sepi’, it is a story of a heart broken girl devastated of what had happened but still positive of what’s written for her. Joanna Renisa who wrote the song told that it was written about 20 years ago and the song originally was an R&B song. She is optimist that 2020 is the best year to release the song. Kini Ku Sepi is a collaboration effort from some renowned musicians in Malaysia like Ayop AzrilJuad of Robot Asmara, Farin Irwan of Gerhana Ska Cinta who laid the saxophone track on the song while Widy of Gerhana Ska Cinta did the harmonize backing track and vocal melody rearrangements by Jipie of PESAWAT.

Kini Ku Sepi was mixed by Hafiz Ahmad, a renowned engineer from Synchrosound Studios while the mastering process was done by International mastering engineer, Leon Zervos who has worked with many world-renowned artists, including Maroon 5, Beastie Boys, and Pink.

The music video for ‘Kini Ku Sepi’ was launched on 14 March 2020 and has been receiving rave reviews. It can be viewed via this link: https://bit.ly/kinikusepi
The song will be released on all digital platforms like Spotify, JOOX, Deezer, Apple Music, and Youtube Music on 3 April 2020 and it can be streamed here: https://bit.ly/jnckinikusepi 

The band is also expecting to release a physical album release by Joanna and Co. on CD and Vinyl once the Covid19 crisis is over. #kinikusepi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sakura Band | 23

Lazada Hidangkan Juadah Buka Puasa, Tawaran Ramadan & Penghantaran Percuma

Haziq | 24

Sembang Sahur Memulihkan Semangat Rakyat Malaysia!