in , ,

Band Indonesia, FLEUR! Berkolaborasi Bersama Noh Salleh Secara Live @ Tapauasia

Platform hiburan indie tempatan TAPAUASIA (tapau.asia) dengan kerja sama program #RadioTenggara membawakan persembahan istimewa dengan band jemputan dari Jakarta, Indonesia FLEUR!

FLEUR! buat kali pertamanya akan ke Malaysia (secara maya) pada 26 Disember 2020. Mereka akan bermain beberapa lagu yang belum pernah dimainkan sebelum ini dan akan berkolaborasi bersama pemuzik tempatan terbaik, Noh Salleh. Selain itu persembahan istimewa dari kumpulan NonaRia dengan bunyian klasikal mereka dari era 40 ke 50-an akan turut bersama dalam persembahan itu nanti.

Band Indonesia, FLEUR! Berkolaborasi Bersama Noh Salleh Secara Live @ Tapauasia

Format trio dalam sebuah band mungkin nampak biasa, tetapi kombinasi tiga wanita yang bermain rock n’ roll ini menjadikannya luar biasa. FLEUR! adalah sebuah kumpulan muzik yang dianggotai tiga pemuzik wanita; Tanya (gitar, vokal), Tika (dram, vokal) dan Yuyi (bass, vokal). Trio rock n’ roll ini hadir memberikan nafas baharu dengan lagu-lagu rock n’ roll penuh bertenaga dan campuran bunyian moden-klasikal.

Band Indonesia, FLEUR! Berkolaborasi Bersama Noh Salleh Secara Live @ Tapauasia

Persembahan yang akan diadakan pada 26 Disember 2020

Info persembahan

  • 26 Dec 2020 (Sabtu)
  • 9pm – 10.30pm (Waktu Malaysia) / 8pm – 9.30pm (waktu Jakarta)
  • Tiket berharga RM15
  • Ditonton secara Livestream + VOD (boleh layan balik selama 2 minggu)

Tiket boleh didapati di https://live.tapau.asia/product/fleur-live/

Untuk segala pertanyaan dan info, boleh berhubung dengan pihak pengurusan Encik Farriz di talian +6012 800 4208 atau [email protected]

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Misi MIKROFON IMPIAN Bantu Ringankan Beban Kewangan Kembali di Musim Kedua

Ada Sebab Adik Beradik Neelofa Unfollow PU Riz, Netizen Terus Mencari Kepastian