in , ,

Enam Pemuzik Bergabung dalam Band Imagi, Perkenal Single Pertama MERASUK

Enam Pemuzik Berpengalaman Bergabung Membentuk Sebuah Band Rock Di Bawah Naungan ‘Rocketfuel Indie Space Station’

Dalam usahanya memperkasakan artis serta band indie yang bertapak di Malaysia, divisi baharu Rocketfuel Entertainment iaitu Rocketfuel Indie Space Station (RISS) sekali lagi mengorak langkah bersepadu dengan menandatangani perjanjian bersama sebuah band indie tempatan yang dikenali sebagai ‘Imagi’ dengan tercetusnya single pertama mereka berjudul ‘Merasuk’.

Imagi yang dianggotai enam (6) pemuzik berpengalaman tanahair terdiri daripada Haziq Haminorddin (vokalis), Fitri Johari atau Bab (vokalis/gitaris), Zulhilmi Ali atau Amy Bong (pemain keyboard), Abror Mustafa (pemain bass), Nazmi Muzaffar (gitaris utama) dan Hafidz Safar (pemain dram).

Single dalam genre rock alternatif yang jarang diketengahkan lewat kini dicipta sepenuhnya oleh Amy Bong yang merupakan pemain keyboard Imagi sekaligus merupakan seorang komposer yang disegani, beliau juga bertanggungjawab menghasilkan karya bermutu buat artis-artis terkenal Malaysia.

“Saya merupakan seorang penggiat muzik yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni. 

“Perjalanan seni kami berenam bermula ketika melakukan persembahan secara langsung di beberapa acara muzik, sehinggalah terdetiknya untuk menghasilkan lagu-lagu cover oleh penyanyi popular Rocketfuel. Dan pada ketika itulah RISS melihat bakat yang kami ada secara kolektif sebagai sebuah kumpulan lantas mempelawa kami untuk menyertainya,” kata Amy.

Tercetusnya nama Imagi adalah petikan dari perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘imagi-nation’ yang membawa maksud imaginasi, jelas Haziq, “Semua orang mempunyai imaginasi tersendiri, sama ada dalam bentuk angan-angan, mimpi di siang hari mahupun sebuah impian, dan kami menggunakan ‘imaginasi’ kami ketika berkarya.

Menariknya tentang single ini, ia merupakan adaptasi dari sebuah kisah benar, ujar Bab,Merasuk menceritakan tentang cinta seorang lelaki yang ditolak oleh seorang wanita.

“Dek kerana kehilangan cinta dari wanita itu, membuatkan lelaki tersebut terseksa dan tak keruan serta tak dapat menerima takdir bahawa cintanya itu ditolak, sehingga dia sanggup melakukan apa saja asalkan dapat bersama wanita yang dicintainya itu.

“Entah apa yang ‘merasuk’ dirinya kerana tak mampu hidup tanpa cinta dari wanita tersebut.

Band ‘Imagi’ Perkenal Single Pertama ‘Merasuk’

Sesi rakaman yang mengambil masa selama seminggu telah dilakukan di Studio Alibaba Records.

“Proses rakaman single Merasuk mengambil masa yang agak lama kerana kami mahukan emosi lagu tersebut ‘masuk’ ke dalam penceritaan yang kami cuba bawakan.

“Selain itu, kami juga amat menitikberatkan proses ‘mixing’ serta ‘mastering’ agar produk akhirnya betul-betul berkualiti dan kena dengan citarasa kami, yalah lagi pula ini single pertama kami dan kami mahu hasilkan yang terbaik buat semua pendengar,” kata Abror.

Band-band rock yang muncul dalam industri muzik Malaysia kebanyakannya diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, namun band legendaris tetap menjadi ingatan dan terpahat di hati penggemar muzik, jadi di mana letaknya keistimewaan Imagi? Nazmi berpendapat, “Band kami mempunyai dua vokalis dengan tona suara yang berbeza.

“Dari segi muzik pula, kami mengambil pendekatan berlainan dengan menggabungkan idea moden dan juga klasik supaya setiap karya yang kami hasilkan dapat diterima oleh pelbagai lapisan umur. Kami juga melakukan proses rakaman dari awal sehingga akhir secara sendiri, dan ‘jiwa’ dalam lagu tersebut lebih sampai ke telinga pendengar.

Encik Feros Sayna, yang merupakan Ketua Rocketfuel Entertainment mengulas, “Di bawah Rocketfuel kami ada RISS yang menyediakan platform khusus buat pengkarya indie, bukan semua yang kami serap tetapi yang hanya berkelayakkan saja, bagi memastikan mutu muzik yang dikeluarkan Rocketfuel adalah terjamin.

“Imagi adalah sebuah band rock yang dinamik dan mempunyai bunyi yang tersendiri, semoga dengan terlancarnya single Merasuk, band ini lebih dikenali dan mendapat sambutan dari semua pihak.

Menariknya dengan band Imagi, mereka tidak menaruhkan imej atau muzik yang ‘trending’ tetapi lebih kepada bakat serta pengalaman yang mereka miliki.

“Harapan Imagi terhadap single Merasuk adalah besar, agar pendengar semua dapat menerima jenis muzik yang kami bawakan, dan bukalah minda anda kerana karya yang kami hasilkan datangnya dari penciptaan yang tulus.

“Kami akur bukan mudah untuk menyenangi semua pihak, berilah kami peluang dan kami akan cuba hasilkan yang lebih baik pada masa akan datang,” akhiri Hafidz menutup bicara.

Lagu ‘Merasuk’ boleh dimuat turun di iTunes Store mulai 18 Februari 2022 ini dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Rocketfuel Network pada tarikh yang sama.

Lirik Lagu MERASUK 

Tajuk : MERASUK

Artis : Imagi

Penulis Lirik : Amy Bong

Komposer : Amy Bong

Terbitan : Rocketfuel Indie Space Station

Sambut Hati Yang Ku Beri

Katakan Lah Dalam Ilusi

Kan Terhenti Nafas Ini

Jika Engkau Tiada Di Sisi

Andainya Ku Mampu

Merasuk Jiwamu

Akan Bersama Untuk Selamanya

(Chorus)

Aku Lumpuh

Tiada Nafas Terseksa Jiwaku

Aku Luntur

Tiada Kata Seindah Cintamu

Suara Jiwa

Nyanyian Cinta

Menantimu Sepi Tiada Ganti

Andainya Ku Mampu

Merasuk Jiwamu

Akan Bersama Untuk Selamanya

Terseksa Temani Malam

Berteman Aku Seorang

Katakan Takdir Ini Hanyalah Mimpi

(Chorus)

Aku Lumpuh

Tiada Nafas Terseksa Jiwaku

Aku Luntur

Tiada Kata Seindah Cintamu

Suara Jiwa

Nyanyian Cinta

Menantimu Sepi Tiada Ganti

Merasuk Jiwamu…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Grab Menyamakan Persaingan Untuk Mereka Yang Kurang Pendengaran Dengan ‘Scan To Order’ 

Farahdhiya Berkolaborasi Dengan Rapper Korea Selatan, Denis Dalam Single Terbaharu Berjudul TEWAS