in

Bananana! Lancar Trek Perlumbaan Rimba Grand Prix

Slot khas buat si cilik, Bananana! memperkenalkan siri Animasi 3 Dimensi terbaru bermula bulan ini. Siri animasi 13 episod, ‘Rimba Racer’ adalah hasil karya Glue Studios pasti akan menetapkan satu tanda aras baru dalam dunia animasi 3 dimensi di Malaysia selepas Upin & Ipin dan Boboiboy.

Tv3

Rimba Racer mengisahkan tentang seorang pelumba jalanan, Tag dan rakan karibnya, Miles telah ditawarkan untuk berlumba dalam Rimba Grand Prix bersama pelumba-pelumba hebat lain. Pada mulanya, Tag berlumba jalanan dengan “Bash Brothers” menggunakan kereta lumbanya iaitu “The Ripper” yang dibina oleh Miles. Namun, Tag telah mendapat perhatian dari pihak Rimba Grand Prix dan mendapat tawaran untuk menyertai perlumbaan berprestij itu. Namun perjalanan demi mengejar cita-citanya menjadi seorang pelumba yang berjaya tidaklah semudah yang disangka. Tag perlu berhadapan dengan pelbagai rintangan dan musuh dalam mengejar garisan penamat.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama & Program TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin, “Siri animasi tempatan adalah pilihan para penonton sejak belakangan ini. Strategi kita adalah untuk memberi siri animasi terbaik demi menemukan permintaan penonton setia kami. Kami yakin bahawa Rimba Racer akan menjadi buah mulut disamping Upin & Ipin dan Boboiboy. Antara pengajaran yang kanak-kanak dapat perolehi melalui siri animasi Rimba Racer adalah sentiasa bersemangat waja dan tidak putus asa demi mengejar cita-cita.”

Rimba Racer telah dilancarkan pada 17 Disember 2014 oleh Tun Dr Mahathir dan disaksikan oleh penggiat utama industri . Siri animasi 13 episod ini telah mula bersiaran pada hari Sabtu, 10 Januari 2015 pada jam 5 petang dalam slot Bananana!. Banana! merupakan satu slot khas buat penonton cilik yang setia menyiarkan pelbagai rancangan kanak-kanak seperti kartun, siri animasi, wawancara tempatan seperti Bananana! Squad, dan banyak lagi. Rimba Racer juga akan bersiaran di NTV7 dalam Bahasa Inggeris dalam suku ketiga tahun 2015 kelak.

Ayuh saksikan Rimba Racer dan ikuti perkembangan perjalanan Tag dan rakan-rakan menempuhi segala halangan dan rintangan demi mengejar nama Juara Rimba Grand Prix. Mampukah Tag dan Miles mendapat rakan sekutu? Dapatkah Tag meraih tajaan demi meneruskan perlumbaan dengan cemerlang? Temui Tag dalam Rimba Racer di TV3 setiap Sabtu, pada jam 5 petang, dalam Slot Bananana! ‘Where Kids Rule’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hyunmin A Kini Tubuh Kumpulan HICC Boy

Live Nominee Announcement of The 87th Annual Academy Awards