in , ,

Tampil Fesyen Ekstravaganza, Aina Abdul Janji Jaga Sensitiviti

Penyanyi Aina Abdul berjanji akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika beraksi di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.

Masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai.

“Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.

“Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.

“Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar,” kata Aina.

ANWAA 2.0 menjadi medan Aina menonjolkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih Aina kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong.

Bersyukur segala persiapan berjalan lancar, Aina memohon agar perjalanan konsert dipermudahkan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.

“Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.

“Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya lagi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emeer Bakri

Emeer Bakri Luah Suara Hati Menerusi Single Berjudul FANTASIA

SPECIAL FORCE: ANARCHY Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia