in

Baju T Edisi Khas Rock Oo Rimba Bara Kembali KUKU BESI Memang ROCK

[dropcap]H[/dropcap]itung punya hitung, nampak gayanya, tinggal satu hari je lagi untuk kita menonton filem Rock Oo arahan Mamat Khalid di pawagam. Ya, esok! Jangan tak caya. Teringat lagi masa Budiey pergi Ipoh untuk melihat pengambaran filem ni kat sana. Rasa macam semalam je. Budiey percaya, ramai yang dah tak sabar untuk menonton filem ini. Ye lah, kalau tengok pada laman sosial Twitter, berderet-deret semua duk pakat cakap filem Rock Oo ni terbaek.

[pullquote align=”right”]Filem Rock Oo Rimba Bara Kembali bakal ditayangkan di pawagam mulai esok, 28 Februari 2013[/pullquote]

Sebut pasal ROCK, semua orang terkenangkan lagu-lagu rock kapak dan terbayangkan imej rockers berseluar ketat, jaket lusuh singkat, pakai baju T ketat lengan panjang atau singlet dengan cetakan dan tulisan grup rockers terkenal, berambut panjang menggerbang ala-ala afro, berkasut sneakers… itu identiti rockers.

Semasa Budiey datang ke Majlis Prebiu Media Rock Oo baru-baru ini, Budiey diperkenalkan dua baju T eksklusif edisi khas berkonsepkan ROCK yang direka oleh seorang pereka grafik yang tak asing iaitu Kuku Besi. Eh, kamon guys, siapa yang tak kenal dengan jenama Empayar Kuku Besi ni, sebelum ini dia dah banyak design dan keluarkan beberapa konsep T-shirt dengan ciptaan seni tersendiri. Seperti mana baru-baru ini, baju T berunsurkan negeri-negeri di Malaysia di mana ada jata-jata negeri tu. Budiey rasa benda ni sangat unik. Memang jarang dibuat orang pun kan.

[pullquote]Selesa, rock & sempoi, kalau dapat pakai baju T edisi khas Rock Oo dari Kuku Besi masa tengok wayang, kira gempak kot.[/pullquote]

Sempena filem Rock Oo Rimba Bara Kembali yang akan keluar di pawagam mulai esok, 28 Februari, Kuku Besi mahu menghangatkan sekalian rockers dan peminat rock kapak dengan mengeluarkan dua baju T eksklusif lengan panjang di mana Budiey rasa sesuai sangat dengan mood seorang rockers. Budiey dah pun memiliki kedua-dua baju T ini dan apa yang Budiey boleh katakan, ianya sangat selesa sebab fabrik yang dipilih sangat nipis dan ‘sejuk’, sesuailah dengan cuaca panas kat Malaysia ni. Rekaan coraknya sangat sempoi, ringkas dan bila kita tengok pun kita tahu, itu baju rock!

KLIK VIDEO: Cara Beli Baju T Eksklusif Filem Rock Oo Rimba Bara Kembali Rekaan KukuBesi 

Masa pakai baju ni dengan saiz L, ingat ke ketat la memandangkan badan Budiey semakin berkembang maju ke depan sekarang. Tapi sebenarnya, kain fabrik baju ni yang elastik membuatkan ia membesar mengikut saiz badan. Bak kata Kuku Besi, bila dah basuh baju ni, kita akan rasa dia besar sikit dari saiz asal.

Budiey nasihatkan kat korang yang nak beli, kena beli tempah cepat-cepat sebab memang disediakan dalam semua saiz tapi

Kuku besi

Baju T yang pertama (lihat sebelah kiri gambar kat atas ni) berkonsepkan Mentari Merah dan satu lagi berkonsepkan Grey Rock di mana kedua-duanya ada lambang Rimba Bara, sebuah kumpulan rock yang dianggotai oleh Zul Kapan, Amy Mat Piah, Slash dan Black dalam filem Rock Oo. Haa, sempoi ke tidhooook?

Kuku Besi

Grey Rock

Kuku Besi

Mentari Merah

Dari segi kualiti, Budiey kira ianya sama dengan zaman rock dulu-dulu, cuma cutting dibuat supaya serasi dengan zaman sekarang ini. Pengilangannya dibuat di luar dan mutunya dijamin.

Budiey sangat sokong kolaborasi semacam ini di mana setiap filem sepatutnya ada merchandise yang tersendiri untuk dimiliki oleh peminat filem tanahair. Kalau kat negara luar, barangan merchandise filem dah jadi satu benda yang wajib ada. Budiey kira, untuk kolaborasi Kuku Besi dan Grand Brilliance serta Mamat Khalid ni, satu langkah yang bagus sebab dapat membantu mempromosikan filem Rock Oo. Setidaknya, dengan ada baju T Rock Oo ini, mengingatkan kita dengan fenomena rock yang menjadi kegilaan di zaman 90an dan kasi orang Malaysia tentang filem Rock Oo yang menggegarkan pawagam.

Kepada pembaca yang mahu mendapatkan baju T edisi khas filem Rock Oo ini, boleh mendapatkannya secara dalam talian, layari je www.facebook.com/kukubesistore atau boleh dapatkannya juga di SuperSunday Store yang terletak berdekatan dengan Stesen Monorail Bukit Bintang. Tapi kepada anda yang berada jauh di Singapura atau di mana sahaja, Budiey nasihatkan boleh menempah baju T shirt Rock Oo ini melalui laman Facebook KukuBesi. Kalau nak tempah, tempahlah cepat-cepat sebab baju T memang dicetak secara terhad di mana kedua-duanya dicetak sebanyak 150 helai sahaja.

Jika anda kata harga RM90 untuk baju T ni mahal dan tak mampu, jangan risau ye sebab KukuBesi ada mengeluarkan satu lagi rekaan baju T mampu milik dengan logo Rimba Bara dengan harga RM60 je sehelai. Ada warna biru, merah dan hitam tapi baju edisi mampu milik ni berlengan pendek. Ringkas dan sempoi je sebab ada logo Rimba Bara kat dada.

Budiey pasti, baju T edidi khas ini akan mendapat sambutan seperti mana sambutan yang hangat untuk filem Rock Oo ni. Terbukti semasa Malam Prebiu Filem Rock Oo dan di Malam Gala Rock Oo ramai yang datang beli. Cayok KukuBesi! Dan terbaru, apa yang Budiey dapat tahu, Kuku Besi akan buka booth di Pawagam Jusco, Ipoh, Perak pada 28 Februari ini bermula jam 7 malam. Untuk orang Ipoh yang nak datang, boleh datang jumpa dengan Kuku Besi.

Layari sekarang: www.facebook.com/kukubesistore

Kuku Besi

Kuku Besi

Rock Oo

Budiey & Kuku Besi

TENTANG EMPAYAR KUKU BESI
Kuku Besi bermula pada tahun 2000 sebagai pengeluar baju T untuk komuniti laman web seperti Melayu.com dan band Butterfingers secara kecil-kecilan. Penglibatan dalam dunia fotografi menghasilkan produk atas nama Fotoradikal. Diasaskan oleh anak muda bergelar Fazli yang begitu aktif dan minat dalam dunia fotografi dan suntingan gambar. Selepas mendapat pengikut yang semakin ramai, Fazli secara serius menubuhkan jenama Kuku Besi pada tahun 2006. Kuku Besi banyak mengambil konsep dari negara luar sebagai rujukan. Melalui pengamatan yang dilakukan, Fazli mengubahnya mengikut adunan resipi nusantara. Selain itu, jenama Kuku Besi mengetengahkan rekaan berdasarkan beberapa isu dan budaya di sekeliling kita dengan harapan ia mendapat perhatian pelancong luar untuk dijadikan barangan cenderahati. Sehingga kini, jenama Kuku besi mempunyai 50 rekaan yang merangkumi baju T, kemeja, kasut but kulit dan item terbaharu ialah dompet kulit. Secara purata 80 peratus penjualan barangan Kuku Besi adalah menerusi dalam talian. Selain itu, Kuku Besi juga boleh didapati di beberapa butik-butik terpilih seluruh negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johan As’ari Hampir Kena Liwat Dalam Tandas

Filem Lakonan Salman Khan, Shah Rukh Khan & Abhishek Bachchan Mac Ini