in , ,

Bahang Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-34 Mula Dirasai

Malam kemuncak ABPBH 34 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 13 November 2021. 

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat (4) kategori online diumumkan ketika majlis Pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 yang bersiaran secara langsung melalui program Melodi di TV3, hari ini. 

Selain kemunculan calon wajah baru yang menjadi pilihan peminat, calon lama yang cukup sinonim dengan anugerah kebanggaan akhbar ini juga masih mendapat perhatian dan kekal relevan. 

Proses undian peringkat pertama pencarian Bintang Paling Popular ABPBH 34 untuk semua kategori yang dipertandingkan telah bermula pada 10 September 2021 dan berakhir pada 3 Oktober 2021. Manakala undian pusingan kedua akan diadakan bermula hari ini, 10 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021. 

Bahang Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-34 Mula Dirasai

Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama penaja utama, Xiaomi menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my

Pemenang setiap kategori utama dan kategori online termasuk Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan undian tertinggi diperoleh calon Top 5 sepanjang proses undian peringkat terakhir ini. 

Pengarang Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Shamshul Azree Samshir berkata sokongan yang diberikan oleh peminat pada proses undian peringkat pertama sangat memberangsangkan. 

“Walaupun penganjuran ABPBH diteruskan lagi dalam suasana norma baharu, kami melihat peminat masih tetap setia menyokong ABPBH dengan mengundi artis-artis kesayangan mereka. Peminat berlumba-lumba untuk pastikan idola mereka memenangi kategori yang dipertandingkan sekaligus meraih kemenangan Bintang Paling Popular ABPBH 34,”

“Untuk merancakkan lagi proses undian, kami juga ingin mengumumkan senarai 10 artis yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama undian calon awal ABPBH 34,”

– Shamshul Azree Samshir
Bahang Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-34 Mula Dirasai

Calon 10 artis ini adalah Amir Masdi, Ben Amir, Dolla, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Meerqeen, Naqiu, Sissy Imann, Siti Nordiana dan Sweet Qismina. 

Pengacara popular dan juga pelakon, Sherry Alhadad diumumkan sebagai hos edisi ke-34 ABPBH manakala hos karpet merah akan dikendalikan oleh pelakon dan juga penyanyi Izzue Islam berganding dengan penyanyi muda wanita yang juga pengacara iaitu Sissy Iman. 

“Pengalaman dan kepakaran Sherry dalam mengemudi acara ditambah dengan gandingan Sissy Imann dan Izzue Islam serta sokongan penaja utama, Xiaomi diharapkan mampu mencipta sejarah tersendiri dan trending dalam media sosial,” kata Shamshul. 

Antara artis yang akan menyerikan segmen persembahan ABPBH kali ini membabitkan bintang yang layak bergelar lagenda selain bakat baru yang pantas akan mendaki tangga populariti. Pentas ABPBH 34 akan dirancakkan oleh persembahan Kaka, Ella, Zizi Kirana, Fauziah Latiff, Aina Abdul, Man Kidal, Datuk Zainal Abidin, Hazama, Haqiem Rusli, Ramlah Ram, Jay Jay, Syamel, Anuar Zain dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra. 

Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak empat belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular. 

Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular, Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular. 

Bahang Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-34 Mula Dirasai

Bagi kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular, undian sudahpun bermula pada 4 Oktober lalu dan akan berakhir pada 7 November 2021 di laman aplikasi TikTok. Bagi peminat yang hendak menyertai #ABPBH34 kempen video TikTok, mereka boleh ikuti akaun TikTok TV3Malaysia dan XiaomiMalaysia. 

Malam kemuncak ABPBH 34 yang dibawakan penaja utama, Xiaomi, akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 13 November 2021. 

Bertemakan #KITABERSAMA, malam kemuncak ABPBH 34 akan dilaksanakan dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Acara ini boleh disaksikan secara langsung melalui saluran TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH, TikTok serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my. 

Untuk mengetahui lebih lanjut dan informasi terkini ABPBH 34, pengguna boleh ikuti laman sosial Facebook dan Instagram BH. 

ABPBH dibawakan oleh penaja utama, Xiaomi buat dua tahun berturut-turut. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar rasmi manalaka Tonton sebagai penyiar digital rasmi. Apa Kes? sebagai kapsul hiburan dan OnBulan!, SAYS SEISMIK, VOCKET, XTRA dan Audio+ sebagai platform digital rasmi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

5 Lokasi Staycation di Negeri Selangor Untuk Cuti Hujung Minggu Anda!

Sinopsis Telefilem CINTA RAMADAN & drama sekuel DANNY di Astro Prima