in ,

Baca Ulasan Penonton Filem MR RIGHT

Selain filem THE HUNTSMAN WINTER WARS dan MIDNIGHT SPECIAL, semalam juga Budiey telah menganjurkan Premiere With Budiey menonton sebuah filem komedi berjudul MR RIGHT di TGV Cinemas, One Utama. Walaupun dibayangi dengan filem-filem gergasi, masih ada yang sudi menonton filem MR RIGHT. Budiey cukup berterima kasih kepada anda semua dan juga terima kasih kepada Budieyators yang sudi menyertai peraduan di Budiey.com. Pendek kata, semalam tiada pengalah… semuanya pemenang. Jom tanpa berlengah lagi, kita baca ulasan ikhlas dari hati penonton yang menonton filem MR RIGHT.

Kamal Rezuan

Filem action-comedy-romantic ini di ditunjangi oleh Sam Rockwell dan Anna Kendrick (i like her,shes gile cute ,tak sombong..kluar town naik public transport je) mengubah persepsi kita terhadap profession professional assassin(pembunuh upahan). Filem yang berdurasi 100minit ini menampilkan gaya plot seperti cerita2 cinta yang lain namun intipati aksinya berbeza sket.

Sam Rockwell last skali yg aku tau,dia membawa watak antagonis dalam Charlie Angels.Lepas drp tu,aku tak perasan..maybe aku ada missed some of his films.Anyway,permulaan cerita takdelah slow tak jugak mendebarkan.Tapi aku lemau sket la..

The best part was,elemen2 komedi diselitkan dalam gaya bersahaja,aku rasa itu membantu aku drp terlelap.Plot2 penceritaannya pulak agak direct to the point dan comprehensive,very nice.Daripada perasaan meroyan si gadis hinggalah kepada dia pulak master pada sesuatu,nampak tak kesinambungan di situ?tapi dari segi ape?hmm…

Permainan kameranya tak sepening cerita2 aksi sebelum2 ini..very light and konsisten.

It’s an OK movie thou,so bolehlah layan hjg minggu ni.Untuk filem ini aku bagi 3.5 out of 5 .Thanks Budiey Isma yg kini berada di Thailand,pesta Songkran katanya….katanyaaaa gituuu…huhuhuuu (bwk balik harum manis lebih sket kat kami).

Thanks a lot ,till i see u for the next premiere then.Dengar2 ada premiere AADC 2,sape nak join?? Kenalah layari www.budiey.com haa tunggulah ya wink emoticon take care.

Erra Asmuni

Filem Mr. Right nie sebuah movie yg easy going dan sesuai untuk penonton yg mahukan sebuah cerita yang ringan jalan ceritanya & kelakar.

Boleh dikatakan filem ini comedy action kerana ada aksi2x berlawan dan juga romance.

Sedikit preview filem, Martha seorg gadis yg bru kecewa dlm percintaan dan secara tidak sengaja bertemu lelaki yg akan merubah hidupnya 360 darjah di sebuah kedai dan selepas pertemuan itu pelbagai aksi2x & juga romance antara mereka berdua telah berlaku. Persoalannya adalah siapa lelaki misteri yg telah mengubah kehidupan Martha itu.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Namun pada pendapat sy, filem ini sesuai ditonton oleh penonton yg berumur 18thn ke atas kerana terdapat adegan2x untuk org dewasa.

Saya kasi ⭐ ⭐ / ⭐⭐⭐⭐(2 Bintang / 5 Bintang)

Namzaroon Penang

Saya ni x la pandai sgt buat ulasan mcm Lili Lajman ttp utk sapa2 yg pilih cerita lain smlm Has Lina Mazlina Mohd Ali Aiman Aliyah, hampa rogi aka rugi tahap Gabannnn! Gaban pun x rogi camtu. Gambaq ni gambaq paling mangkaq, paling sempoi rasanya utk tahun ni lepaih gambaq Sisters yg kita semua pi tgk. Gelak dari awai sampai habihhhhh.

Bak kata Wahida Alidrus, gelak smpi kering ayaq mata.. Sy tgk Sal Tarmizi dan Mohd Hanafiah Jamil gelak smpi berterabuq popcorn! Cerita dia simple ja… Lelki ni pembunuh upahan tg dah tobat lahum x mau bunuh org jumpa dgn cute monster gurlly lady ni. Depa fall in love.

But geng upahan dok cari lelaki ni utk kill dia sbb dia dh c mau buat kerja assasin. Mcm2 benda best jd especially mamat negro pegang bom! Maaf la org depan saya klu sy gelak smpi x ingat dunia.

Best sgt. Movie ni make my day. I personally boleh tgk lagi 2 round kot gambaq ni. Rating 4.9/5!
Bro Budiey, gua x menyesal x dpt tgk Huntsman.. Sikit pun x. Still laughing today bila teringat scene dlm gambaq ni! Superb!

Tarquin Fitzmail

Ini dia ulasan saya slps menonton movie Mr. Right lakonan Sam Rockwell, Anna Kendricks..
Sebuah filem yang gila2, dan sangat best!

Martha (Anna Kendricks) baru sahaja meninggalkan teman lelakinya yg nyata curang terhadap dia, telah bertemu dengan Mr. Right / Francis, (seorang pembunuh upahan yg membunuh si pengupah, kerana prinsipnya tidak membunuh orang), di sebuah convenience store secara tidak sengaja dan telah keluar date bersama Francis.

Francis dengan tidak sengaja telah jatuh cinta dengan Martha dan telah berjanji tidak akan membunuh orang lagi.

Anda perlu menonton filem Mr. Right ini di pawagam berhampiran kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut!

Saya beri 4.5 🌟 /5🌟!!

Terima kasih TGV Cinemas One UtamaBudiey IsmamaAdie TBearar!!!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Penonton Filem THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR

Isu Gambar Beg LV Dato’ Seri Vida Kecam Laman Facebook Palsu