in , ,

Baby Shima Kecewa Dengan Komen Netizen Persoalkan Solat Gara-Gara 1 Sebab Ini

Baby Shima kecewa dengan komen ditinggalkan oleh seorang pengguna di TikTok yang mempersoalkan ibadah solatnya gara-gara Shima tidak menutup auratnya dengan sempurna. Ini luahan hati Baby Shima.

Baby Shima meluahkan rasa kecewa dengan komen seorang individu di TikTok dan menempelak individu yang sewenang-sewangnya mempersoalkan ibadah solat hanya kerana imejnya yang tidak menutup aurat.

Apa Guna Solat Tapi Tayang Body?

Menerusi video yang dimuat naik oleh Baby Shima di Instagram, dia mengakui agak terkilan dengan komen yang ditinggalkan oleh netizen. Ujarnya, dia bukan seorang yang tidak boleh menerima teguran daripada orang lain, namun teguran berkenaan perlu kena pada tempatnya.

Shima berkata, tidak wajar untuk seseorang menghakimi individu lain terutama perihal ibadah dan keimanannya.

Baby Shima Kecewa Dengan Komen Netizen Persoalkan Solat Gara-Gara Tidak Tutup Aurat

Semalam Shima ada post satu content kat TikTok, lepas tu ada lah seorang mamat ni dia cakap macam ni, ‘Apa guna solat tapi tayang body’.

Seakan-akan kau sorang je yang boleh solat. Seakan-akan kau sorang je yang boleh tentukan siapa yang sah siapa yang tak sah solat.

Jelasnya lagi, disebabkan seseorang itu mempunyai pemikiran sebegitu, orang yang sudah menutup aurat dengan sempurna sekalipun pemikirannya tetap akan kotor.

Kau kutuk-kutuk aku tapi aku kau punya following banyak perempuan seksi. Bukan tu namanya munafik ke? Jangan bertopeng malaikat disebalik perangai syaitan kau.

– Baby Shima

Jangan Hakimi Orang Lain Pada Zahirnya

Menurut Shima, dia mengingatkan individu itu supaya tidak menghakimi orang hanya pada luaran semata-mata.

Cukuplah kau judge orang tu kau cuma lihat dari luaran sahaja. Disebabkan luaran kau judge dia macam-macam tapi kau tak tahu niat seseorang tu. Kau tak akan tahu cuma Allah je yang tahu.

Baby Shima Kecewa Dengan Komen Netizen Persoalkan Solat Gara-Gara Tidak Tutup Aurat

‘Jangan rasa diri tu malaikat, seakan semenjak lahir tak pernah buat kesalahan,”

– BABY SHIMA

Perkongsian Dibanjiri Kata-Kata Semangat

Perkongsian penyanyi berusia 29 tahun itu dibanjiri dengan kata-kata semangat serta nasihat daripada pengikutnya.

Selain itu, Shima turut menegaskan bahawa memberi teguran bukanlah satu kesalahan tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul.

Terdahulu, Baby Shima berkongsi sebuah video memperlihatkan dirinya memakai telekung di aplikasi TikTok.

Namun begitu, dia terkilan apabila menerima komen negatif daripada salah seorang individu yang mempertikaikan ibadah solatnya secara terang-terangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 22

Tular Foto Mengait Ketika Olimpik, Rupanya Tom Daley Hadiahkan Kepada Atlet Malaysia

Blog Featured 1 | 23

Ibu Tiri Ashira Meninggal Dunia Akibat COVID-19, Pernah Berhajat Nak Cucu Baru