in , , ,

Babak Uqasha Senrose Bersalin Tapi Tak Buka Seluar, Ini Penjelasan Michael Ang

Beberapa gambar semasa babak dalam drama Perempuan Tanpa Dosa yang memperlihatkan lakonan Uqasha Senrose memakai seluar ketika melahirkan anak mendapat perhatian di laman sosial.

Rata-rata netizen mengkritik foto berkenaan dan menganggap babak itu sebagai tidak logik dan pelik. Bagaimanapun, pengarah drama tersebut, Michael Ang menjelaskan foto yang tular itu bukan babak sebenar dalam drama berkenaan sebaliknya ia hanya gambar yang diambil sekitar penggambaran.

Tambah Michael, dia juga mahu menjaga aurat dan tidak sewenang-wenangnya meminta Uqasha membuka seluar di hadapan pelakon lain dan kru produksi.

Babak Uqasha Senrose Bersalin Tapi Tak Buka Seluar, Ini Penjelasan Michael Ang

“Gambar yang tular itu bukanlah dalam footage pun dan ia gambar di luar kamera. Sekadar gambar sekitar penggambaran.

“Sudah tentu bila shooting saya nak jaga aurat. Takkan saya nak suruh Uqasha buka seluar di hadapan semua orang dan sebab itu la ada letakkan kain.

“Nanti ada babak Usu (lakonan Uyaina Arshad) buka seluar dan bila tengok babak itu, penonton akan faham apa yang ingin disampaikan,”

– Michael Ang
Babak Uqasha Senrose Bersalin Tapi Tak Buka Seluar, Ini Penjelasan Michael Ang

Michael Ang diminta mengulas mengenai foto tular sebuah babak dalam drama arahannya iaitu Perempuan Tanpa Dosa yang sedang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.

Drama gandingan Uqasha dan Kamal Adli itu bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Michael menganggap foto yang tular itu sekadar jenaka dan mengambil segala kecaman netizen secara positif.

“Saya tak kisah dengan kecaman atau kritikan netizen. Saya anggap ia sekadar lawak dan sebenarnya kelakar juga bila dapat tahu ada orang muat naik foto itu dan menjadi tular.

“Tapi saya terima saja kecaman sebab netizen memang suka membuat andaian. Mereka lihat gambar itu dah terus buat andaian sendiri tanpa tahu apa-apa,”

– Michael Ang

Drama bersiri itu turut dibintangi oleh Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Hilal Azman, Shaza Bae, Susan Menan, Datin Fadhillah Mansor dan Azza Elite.

*Sumber: mStar Online

Babak Uqasha Senrose Bersalin Tapi Tak Buka Seluar, Ini Penjelasan Michael Ang
Babak Uqasha Senrose Bersalin Tapi Tak Buka Seluar, Ini Penjelasan Michael Ang
Babak Uqasha Senrose Bersalin Tapi Tak Buka Seluar, Ini Penjelasan Michael Ang
Babak Uqasha Senrose Bersalin Tapi Tak Buka Seluar, Ini Penjelasan Michael Ang
Babak Uqasha Senrose Bersalin Tapi Tak Buka Seluar, Ini Penjelasan Michael Ang

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Masya Masyitah Menang RM160Ribu, Tewaskan 3000 Peserta Pertandingan Nyanyian Antarabangsa

Setelah Kerja Keras, Haqiem Rusli Hadiah Mercedes-Benz GLC 200 Untuk Diri Sendiri