in , ,

BAALE – Fortuna Live In Kuala Lumpur Bakal Cipta Memori di Zepp KL

Kembalinya Iqbaal Ramadhan Sebagai BAALE, Vokal Jujur Dari Jiwa

Ramai mengenali Iqbaal Ramadhan sebagai wajah tampan dalam filem hit Dilan 1990, tapi jarang yang sedar bahawa lelaki ini bukan sekadar pelakon, tapi juga seorang pemuzik berbakat. Perjalanan muziknya bermula sejak 2011 bersama boyband Coboy Junior, dan kini, selepas beberapa tahun, Iqbaal bangkit dengan identiti baru yang lebih jujur, penuh ekspresi, dan bebas: BAALE.

Menariknya, BAALE bukan sekadar nama pentas. Menurut Iqbaal, ia adalah wadah untuk berkarya secara mandiri, tanpa kompromi, tanpa topeng. “Bagi saya, BAALE adalah bentuk Iqbaal yang paling jujur dan apa adanya,” katanya penuh semangat. Album debut BAALE, FORTUNA, dilahirkan pada Mei 2024 dengan sentuhan produser Hendra Jayaputra, menampilkan 11 lagu bernafas BritPop yang merangkumi tema tentang harapan, mimpi, dan pergelutan jiwa muda.

BAALE - Fortuna Live In Kuala Lumpur Bakal Cipta Kenangan Terindah di Zepp KL

Zepp Kuala Lumpur Bakal Menjadi Pentas Magis

Buat pertama kalinya, peminat di Malaysia akan menyaksikan sendiri keajaiban BAALE menerusi konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur pada 15 Jun 2025, bertempat di Zepp Kuala Lumpur, bermula pukul 8 malam. Kalau sebelum ini hanya mampu mendengar lagu di Spotify atau menonton di YouTube, inilah peluang sebenar untuk merasai getaran muzik BAALE secara langsung.

Idreez J daripada Miebird Projects, selaku penganjur, berkongsi rasa teruja: “Kami sangat gembira dapat membawa BAALE ke Kuala Lumpur. Ini peluang peminat untuk memahami lebih dekat siapa BAALE, dan untuk merasai sendiri visi muzik beliau yang unik. Yang penting, kami mahu semua orang berseronok dan hanyut dalam malam penuh emosi ini.”

Iqbaal Ramadhan Mahu Dekat Dengan Peminat Malaysia

Bagi Iqbaal sendiri, konsert ini adalah momen yang sangat bermakna. “Senang sekali untuk pertama kalinya, bisa datang ke Malaysia sebagai BAALE. Album FORTUNA adalah suara hati saya tentang masa muda, kesepian, dan impian. Semoga penonton Malaysia bisa berjalan bersama BAALE untuk karya-karya yang akan datang,” ujarnya penuh harapan.

Harga Tiket Pelbagai Kategori, Sesuai Untuk Semua

Peminat boleh memilih kategori tiket mengikut keselesaan, dengan harga:
RM 198 – FORTUNA (Berdiri – Zon Hadapan)
RM 218 – MUSIM (Duduk Bernombor)
RM 268 – MALAM MINGGU (Duduk Bernombor)
RM 398 – VIP Box (Per Pax, 10 Pax Per Box)

Tiket boleh didapati di www.ilassotickets.com, jadi pastikan korang cepat-cepat grab sebelum sold out!

BAALE - Fortuna Live In Kuala Lumpur Bakal Cipta Kenangan Terindah di Zepp KL

Miebird Projects Sedia Hiburkan Peminat Dengan Produksi Mantap

Konsert ini bukan sekadar acara biasa. Dengan sokongan nama-nama besar seperti ERA sebagai radio rasmi, OPR Network untuk publisiti, dan produksi oleh Blackcat Asia, malam itu dijangka akan jadi salah satu persembahan paling mengesankan tahun ini. Untuk info lanjut dan update terkini, peminat boleh ikuti laman sosial @miebirdprojects di IG, TikTok, dan FB.

BAALE - Fortuna Live In Kuala Lumpur Bakal Cipta Kenangan Terindah di Zepp KL

Apa Kata Budiey?

Budiey nak cakap jujur – inilah konsert yang korang patut tanda siap-siap dalam kalendar! Dalam dunia hiburan yang makin dipenuhi dengan muzik generik, BAALE muncul sebagai nafas segar dengan lagu-lagu yang bukan sahaja sedap didengar, tetapi menyentuh hati.

Konsert ini bakal jadi malam penuh memori, dan siapa tahu, mungkin akan mencipta fenomena baru di kalangan peminat muzik alternatif di Malaysia. Satu nasihat Budi: jangan tunggu last minute nak beli tiket! Ini bukan sekadar konsert, ini peluang untuk jadi sebahagian daripada perjalanan seni Iqbaal yang lebih jujur dan berani.

Kalau korang peminat setia, atau sekadar nak tahu apa magis di sebalik nama BAALE, jangan lepaskan peluang ini. Siap sedia untuk satu malam yang penuh dengan emosi, melodi, dan momen yang takkan dilupakan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Fesyen & Kecantikan Paling Gempak Tahun Ini Sempena Shopee 5.5