in

Azharina & Sabihah di Bintang-Bintang RTM2

BINTANG-BINTANG BERSAMA AZHARINA & SABIHAH (31 MEI 2008) DI RTM2

Mengimbas memori bergelar Juara Bintang RTM 2001 ketika baru mencecah usia 16 tahun, Bintang-Bintang yang disiarkan 31 Mei 2008 (Sabtu), jam 11.00 malam di RTM2 ini menampilkan penyanyi sensasi Azharina Azhar dan Sabihah juga Juara Bintang Asli Remaja 2007.

Kesempatan setengah jam pertama digunakan sepenuhnya untuk mengenali Azharina, penyanyi kelahiran Sabah ini tentang latar belakang serta penglibatannya awalnya dalam bidang nyanyian. Malah Azharina bakal berkongsi saat-saat manis dan situasi sukarnya meniti cabaran sebagai anak seni.

SABIHAH

Penyanyi popular dengan lagu Seandainya dan Elergi Sepi ini turut berbesar hati mahu memberikan tip-tip menjaga suara kepada pendatang baru atau pun kepada mereka yang berminat dalam bidang nyanyian untuk menjadi artis rakaman.

Kemudian menyusul setengah jam berikutnya dengan melakukan temubual dan mendekati Sabihah yang cukup dikenali dengan lengguk suaranya mengalunkan lagu-lagu asli hingga pada tahun lalu namanya dinobatkan sebagai Juara Bintang Asli Remaja 2007.

Kelainan yang cuba ditampilkan Sabihah ternyata tepat mengikut kesesuaian suaranya apatahlagi tidak ramai remaja yang memilih mengetengahkan dan mengembangkan bakat menerusi irama asli. Ternyata ia memudahkan jalan untuk Sabihah dikenali memperjuangkan irama yang menjadi warisan Melayu ini.

Di samping mengupas secara terperinci tentang latarbelakang memulakan tapak dalam bidang seni, di ketengahkan juga klip video persembahan Azharina dan Sabihah yang diselitkan sepanjang temubual dijalankan. Pastinya ia menyumbang kepada mengimbas memori kedua penyanyi ini tanpa sempat menimbulkan perasaan jemu di hati penonton.

Hakikatnya Bintang-Bintang yang menemui penonton satu jam setiap episod siarannya ini mampu menarik perhatian penonton yang dahagakan cerita sensasi artis terlibat kerana soalan yang dikemukakan kepada artis-artis yang memiliki ramai bilangan pengikut setia ini terkini dan secara telus.

Kepada anda peminat setia Azharina dan Sabihah, jangan ketinggalan menyaksikan Bintang-Bintang pada 31 Mei 2008 (Sabtu), jam 11.00 malam di RTM2 yang pastinya menjanjikan kepuasan untuk berhibur di samping mengenali dengan lebih dekat lagi artis kesayangan anda.

[tags]azharina, bintang-bintang, juara bintang rtm, bintang asli remaja, sabihah, lirik lagu azharina, album sabihah, Mesothelioma, coach handbags, designer dress, donna karan, Fashion, fashion designer, giorangio armani, jessica mclintock, jimmy choo style, la femme, paris haute couture, paul smith london, polo, prom dress, raoul kuala lumpur[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayang Nurfaizah: Profile & Biodata

Life As A Celebrity