in ,

Ayah Dira Abu Zahar Meninggal Dunia

Salam takziah Budiey ucapkan buat pelakon dan pengacara terkenal Dira Abu Zahar dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta, Dato’ Seri Hj Abu Zahar Hj Ithnin pada 5.30 petang hari ini.

Dira-Abu-Zahar-New

[dropcap]B[/dropcap]erita kematian ini telah dikongsi Dira melalui akaun Instagram miliknya. Jenazah dijangka akan dikebumikan 10 pagi esok di Makam Pahlawan, Masjid Al Azzim, Melaka.

Allahyarham yang berusia 74 tahun meninggal dunia akibat sakit kencing manis dan buah pinggang di Merlimau Pasir, Melaka.

“Tutup rapat dengan tenang. Perginya tanpa resah. Alhamdulillah atas setiap peluang. Irah sayang ayah selamanya. Al-Fatihah. Dato’ Seri Hj Abu Zahar Hj Ithnin. 14/9/1939-12/7/2013.”

Allahyarham menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada 1986 selama dua penggal, diikuti DUN Merlimau (1995-1999) dan Parlimen Jasin (1999-2004).

Beliau menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan menggantikan Datuk Seri Mohd Zin Abd Ghani yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada 1997.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di makam pahlawan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah esok.

Dira Abu Zahar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akhirnya Qi Razali Mengaku Bercinta Dengan Nelydia Senrose

Nelydia Senrose Tak Suka Kisah Cintanya Digembar-Gembur