in ,

Betul Ke Awal Bakal Ganti Nabil Untuk Hos Program MeleTOP?

Kehadiran figura tampan, Awal Ashaari menggantikan pelawak, Nabil yang sedang bercuti sebagai pengacara program MeleTOP baru-baru ini menerima reaksi positif netizen dan pihak produksi.

Gaya pengacaraan Awal yang begitu profesional bukan sahaja diterima baik malahan ada netizen turut meminta agar figura itu dikekalkan menjadi pengacara tetap untuk rancangan hiburan berkenaan.

Awal-Ashaari-Bakal-Ganti-Nabil-Bagi-Program-MeleTOP-1

Susulan perkara itu, terdapat desas-desus mendakwa tindakan Awal mengundur diri daripada rancangan hiburan TV3, Melodi kerana bakal bergandingan bersama aktres, Neelofa mengendalikan program MeleTOP.

Spekulasi tersebut menjadi luas selepas beliau memaklumkan bakal meninggalkan Melodi selepas lebih kurang enam tahun mengendali rancangan terbitan stesen swasta popular yang pertama di tanah air itu.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak TV3 dan Astro masih belum lagi memberi sebarang pengesahan mahupun kenyataan berhubung perkara itu.

Terdahulu, Awal telah mengejutkan peminat industri hiburan tanah air apabila mengatakan bakal mengundur diri daripada mengacara rancangan Melodi.

Ekoran itu, ramai nama selebriti tanah air yang dicalonkan bagi menggantikan tempat pengacara popular itu, antaranya pelakon, Janna Nick dan seorang lagi artis lelaki yang tidak didedahkan namanya.

Namun, perkhabaran itu mendapat tentangan hebat daripada netizen di mana rata-rata tidak bersetuju dan beranggapan Janna bukanlah selebriti yang sesuai untuk menggantikan Awal.

Awal-Ashaari-Bakal-Ganti-Nabil-Bagi-Program-MeleTOP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Telenovela 2017

Penyanyi Indah Ruhaila Bakal Nikah Hari Ini dalam Majlis Akad Nikah Tertutup