in , ,

Awal Ashaari & Scha Alyahya Dilantik Duta Senheng Electric

Pada jam 11 pagi tadi, pasangan selebriti paling meletop, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari telah dilantik menjadi duta bagi rangkaian kedai barangan elektrik terkemuka, Senheng Electric (KL) Sdn Bhd.

Perlantikan pasangan selebriti dua sejoli ini diumumkan dalam satu majlis sidang media yang diadakan di Sri Pentas TV3, Bandar Utama. Kontrak mereka sah selama setahun je. Je? Tapi bayarannya mesti lumayan wo! Wow! Tak sia-sia Scha dan Awal jadi pelanggan tetap Sengheng kan? Tahniah dari Budiey.com. Kali terakhir, Budiey nampak jenama SchaAwal ini bergabung dalam sebuah iklan mee segera. Kali ini, mereka pula dilantik jadi duta produk elektrik pula. Pegh, best woooo!

Awal Ashaari &Amp; Scha Alyahya Dilantik Duta Senheng Electric

“Alhamdulillah, kami anggap pemilihan kami untuk duta bagi jenama ini adalah sebagai rezeki kahwin. Kami rasa gembira dan bangga kerana diberi peluang untuk menjadi duta jenama ini. Ia merupakan satu penghormatan besar apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini.

Bukan senang untuk menjadi duta bagi sebuah syarikat yang besar, namun bila dipilih oleh mereka, kami rasa berbesar hati sangat. Senheng merupakan jenama yang sudah mula dikenali sejak tahun 1989 lagi.

Kami anggap ia sebagai ‘one stop centre’ untuk mendapatkan barangan keperluan elektrik kerana banyak pilihan boleh dibuat malah servis yang diberi juga cepat dan efisyen.”

Berkongsi mengenai kolaborasi yang terjalin ini, Scha dan Awal memberitahu nama mereka telah diusulkan oleh pihak Media Prima Berhad pada empat bulan lepas untuk diletakkan dalam senarai duta Senheng.

Tidak lama selepas itu, pasangan suami isteri ini menerima khabar gembira apabila mereka ditawarkan untuk menjadi duta jenama yang sudah berada di pasaran sejak 24 tahun ini.

“Kami selalu membeli barangan elektrik di senQ, jadi bila diangkat menjadi duta mereka, kami tak rasa janggal sangat sebab kami sudah sinonim dengan jenama ini. Kami bersetuju menjadi duta kerana kami percaya dengan jenama ini.”

Sepanjang tempoh perlantikan mereka dari Jun 2013 hingga Mei 2014, Scha dan Awal akan bekerjasama rapat dengan Senheng bagi meningkatkan penjenamaan Senheng melalui iklan televisyen, iklan radio, iklan cetak, media sosial atas talian, menampilkan diri dalam acara sosial korporat serta aktiviti anjuran Senheng yang lain.

“Sebagai permulaan, kami akan terlibat dengan promosi Hari Raya di mana Senheng akan melancarkan promosi Raya Ceria dari 21 Jun hingga 31 Ogos 2013. Menariknya, pelanggan yang membelanjakan RM999 ke atas dalam satu resit dari mana-mana cawangan Senheng dan senQ Digital Station berpeluang untuk memenangi lawatan ke Korea bersama kami pada penghujung tahun ini. Bagi kami, ini merupakan satu langkah yang baik untuk mempromosikan Senheng sekaligus memperkukuhkan lagi jenama ini.”

Turut hadir ke majlis sidang media pagi tadi ialah Pengarah Urusan Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, Encik KH Lim yang turut menyerahkan Kad Emas PlusOne Senheng kepada Scha dan Awal. Anda boleh melayari www.senheng.com.my atau laman Facebook SenhengElectric untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terkini serta promosi-promosi hebat yang ditawarkan Senheng.

Schawal-Senheng

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Sajian Istana Di Zaman Silam di Red Box

Betul Ke Ibu Sendiri Dedah Diana Danielle Sudah Bersalin?