in , ,

Awal Ashaari Bagi Hint, Nabila Huda Bakal Ganti Janna Nick Jadi Pengacara Melodi?

Teka-teka siapakah yang bakal mengendalikan program Melodi di TV3 semakin hangat diperkatakan. Mungkin hint yang diberikan oleh Awal Ashaari ini ada betulnya. Ramai yang setuju Nabila Huda jadi hos Melodi.

Baru-baru ini, timbul desas-desus yang mengatakan pelakon Janna Nick tidak lagi menjadi pengacara Melodi.

Biarpun masih belum ada pegesahan rasmi daripada pihak Melodi, namun ada beberapa nama yang menjadi sebutan.

Yang terkini, nama yang menjadi sebutan adalah pelakon Nabila Huda yang dikatakan akan menggantikan tempat Janna.

Malah, hint yang diberikan oleh seorang lagi pengacara iaitu Awal Ashaari menerusi Insta Story miliknya menguatkan lagu desas-desus berkenaan.

Awal Ashaari Bagi Hint, Nabila Huda Bakal Ganti Janna Nick Jadi Pengacara Melodi?

“I’m so proud of you Cik Abil @kupu_kupu. Cik awal rasa tak ada orang yang lebih layak melainkan you.

“Ada seminggu je lagi nak dating dengan Cik Bert & Keisha puas-puas. Lepas ni, mummy dia busy hujung minggu,” tulisnya.

Sebelum ini, Janna Nick menjadi pengacara Melodi pada tahun Januari 2018 bersama Ajak Shiro.

Bagaimanapun, Ajak Shiro mengundurkan diri dan tempatnya digantikan dengan Awal Ashaari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ebit Lew Salur Bantuan di Malam Raya, Buat Lebih Ramai Sayangkan & Mendoakan

Beli Dua Katil Warna Pink & Biru, Peminat Teka Elly Mazlein Bakal Timang Bayi Lelaki