in

Avon Lancar Perfume Herve Leger Max Azria

SALUTI DIRIMU DENGAN GODAANNYA

Memperkenalkan HERVE LEGER EAU DE PARFUM FOR HER eksklusif dari Avon

Jam 2 petang, 3 Mac 2011, Budiey telah hadir di Pelancaran Perfume Hervé Léger oleh Max Azria yang dipasarkan oleh Avon, diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

IMG_4422

Sinonim di seluruh dunia dengan glamor dan sensualiti, Hervé Léger oleh Max Azria mengungkap keperibadian dinamik wanita dengan koleksi adi busana dan sedia-pakainya yang eksklusif.

Video Sekitar Pelancaran Perfume Terbaru Herve Leger AVON

Kini, jenama ulung ini berkerjasama bersama Avon untuk mencipta Hervé Léger Femme, haruman khas buat wanita. Seperti dres ‘bandage’ ikoniknya, haruman Hervé Léger mencipta gaya menggoda dan sofistikated untuk wanita masakini yang meninggalkan impresi yang berkekalan.

Avon

“Haruman ini mengungkap gaya ikonik Hervé Léger, segalanya menyerlah sensualiti sejati,” kata Max Azria, Pereka dan CEO untuk Hervé Léger.

Pendekatan moden dalam fesyen wanita oleh Max Azria menjadikan Hervé Léger ideal untuk usahasama hebat ini.

Keperibadian dalam menyarung dres ‘bandage’ ikoniknya menjadikan wanita terasa seksi, hebat dan berkeyakinan… ianya impian setiap insan. Pelancaran Hervé Léger Femme menyambung strategi pembangunan Avon dalam menyediakan fesyen dan gaya terunggul untuk wanita dari semua lapisan hidup.

Avon

Hervé Léger Femme dicipta untuk wanita yang ingin merasa seksi, hebat dan berkeyakinan. Harumannya mekar menggoda; ibarat dres Hervé Léger; ia memeluk setiap liku tubuh dengan godaan teranggun.

Wangian kayuan dan floranya dirungkai dengan Bunga Magnolia Cina bersentuhan Limau Gedang Merah Jambu Sicili. Nota tengahnya diserlahkan dari Bunga Oren Maghribi diadun Kayuan Bermadu, dan diakhiri dengan dasar seksi berkesturi dari kehangatan Titisan Benzoin, Kayu Cypress dan Vanila.

IMG_4402

Haruman ini dibotolkan dalam bekas moden yang melambangkan bentuk ikonik dres Hervé Léger terkemuka, dengan efek balutan ‘bandage’ yang unik dan dikenali saat terpandang rupanya.

Herve Leger Eau de Parfum For Her Spray 50ml baru ini akan dipasarkan bermula 16 Mac 2011. Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Sebarang maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com.

Gambar sekitar pelancaran Perfume Terbaru Herve Leger AVON

IMG_4380

IMG_4383

IMG_4390

IMG_4416

IMG_4429

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sasha Bashir Dansa II The Journey Continues

Tahniah! Fazura Dilantik Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON